spot_img
spot_img

Geng Palembang Tumpas

spot_img

Taktik amatur sekumpulan penjenayah dikenali Geng Palembang dalam jenayah pecah cermin kereta tidak lama.

Dalam Ops Lejang Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menumpaskan geng terbabit dengan tertangkapnya seramai 12 orang warga Indonesia dalam serbuan berasingan, 22 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang , Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminudin Megat Alias berkata, dalam serbuan pertama kira-kira 7.30 pagi , polis telah menahan tiga suspek di tempat letak kenderaan di Jalan Kenari, Puchong.

- Advertisement -

Menurutnya, susulan itu, bertindak atas maklumat polis telah membuat tangkapan di sebuah rumah di pekan Kajang dan menahan lagi sembilan lelaki individu.
“Dengan tertangkapnya kesemua individu ini, polis telah merampas beberapa barang dipercayai hasil curi seperti telefon bimbit, komputer riba, jam tangan dan ipad.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 20-an ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes pecah cermin kereta,” katanya dalam sidang media di IPD Serdang, hari ini.

- Advertisement -

Mengulas tentang modus operandi Geng Palembang, Megat memdedahkan, geng ini akan bergerak dalam beberapa individu ke kawasan-kawasan parkir yang agak sunyi pada jam8 malam hingga tengah malam. Bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan pergerakan, suspek bergerak ke satu-satu kawasan dengan menaiki kenderaan awam.

Kemudian, suspek yang membawa beberapa ketulan batu di dalam beg akan memantau keadaan sekeliling sebelum bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu berkenaan sebelum mencuri apa sahaja barang bernilai.

Tambahnya, polis percaya geng ini telah aktif sejak tiga hingga empat bulan lalu di sekitar daerah Lembah Klang.

“Selain itu, kita juga percaya geng ini akan menjual barangan hasil curi ini kepada rakan-rakan mereka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img