spot_img
spot_img

BERSATU:Sucikan Partimu

spot_img

Jatuhnya Kota Melaka bukan kerana lemahnya kerajaan Melaka, tetapi lemahnya kesetiaan seorang pembesar.

Rundumnya kerajaan Indonesia bukan bererti lemahnya kerajaan Indonesia, tetapi korupnya Suhaerto sehingga indonesia menjadi negara miskin di mata dunia.

Gulingnya Saddam Hussein bukan kerana lemahnya seorang pemimpin, tetapi tamaknya kuasa pemimpin yang lain.

- Advertisement -

Inilah yang dikatakan ironi sebuah pimpinan yang hebat dan negara yang gah suatu ketika dahulu. Bukan kerana lawannya yang kuat, tetapi dalaman nya yang berpecah hingga kahirnya dilihat siapa yang lebih lemah akan kalah di medan juang

Secara kasar diatas kertas, Parti Peribumi Bersatu Malaysia dilihat mempunya barisan kempimpinan yang hebat. Bermula dengan Tun Mahathir sebagai Presiden, diapit Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalan. Gabungan pimpinan ini dilihat sebagai satu gabungan yang ideal untuk memerintah.

- Advertisement -

Malangnya kebelakangan ini, bahang perpecahan sudah kian dirasai oleh parti yang digelar BERSATU ini. Siri perletakan jawatan dan pengunduran sebagai ahli dilihat semakin parah. Ratusan ahli sudah mula berpaling dan jawatan-jawatan sudah turut dikosongkan secara rasmi oleh individu-individu tertentu. Ia mungkin menjadi “tamparan manja” kepada parti yang baru ditubuhkan ini supaya lebih sedar bahawa kredibiliti pucuk pimpinan suatu parti tidak menjamin “kemesraan” sesama ahli didalam parti tersebut.

Adakah ini sekadar serangan politik atau BERSATU sendiri sudah tidak bersatu?

Bermula dengan kes Setuausaha PPBM, Kamarulzaman Habibur Rahman mengumumkan beliau telah keluar dari PPBM, dan beliau menyatakan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PPBM yang dakwanya semata mata mahu berebut kuasa dan kedudukan.

Di ikuti dengan siri pengisyitiharan keluar parti seramai 600 orang ahli PPBM Rembau dan 60 ahli di Baling turut mengambil jalan yang sama membuktikan suatu yang aneh sedang berlaku didalam parti.

Walaupun perkara ini telah diulas oleh Tun Mahathir sebagai perkara aneh, barisan kepimpinan BERSATU seharusnya perlu mengambil langkah yang lebih aggresif dalam menangani isu ini.

KALAU TIADA ANGIN,POKOK TIDAKKAN BERGOYANG

Pepatah ini menjadi sinonim terhadap senario ahli Bersatu yang bertindak untuk keluar dari parti. Sudah pastinya setiap daripada mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Keratan akhbar Sinar Harian juga turut memaparkan berita tentan “Harga Bagi Melepaskan Jawatan Ketua Bahagian Adalah RM 250, 000” bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Baru-baru ini Tun M sendiri ada menyangkal dakwaan tersebut tidak benar. Sejauh manakah kebenaran nya?

Sebagai parti yang baru dan berfokuskan untuk mengalahkan kerajaan Barisan Nasional, BERSATU sendiri perlu bermula dengan “parti yang suci”. Tularr.com berkesempatan menemuramah Timbalan Ketua Bahagian PPBM Johor Bharu, saudara Razruk Anwar dimana beliau menyarankan budaya kronisme, inginkan kuasa dan budaya mencatur didalam parti perlu dielakkan dari awal.

“Sesiapa yang didapati layak, buat kerja untuk parti, dan berjuang dengan sepenuh hati untuk rakyat Malaysia, maka individu tersebut yang lebih layak untuk memegang jawatan”, tambahnya lagi.

BERSATU UNTUK PRU 14

Untuk berlawan dengan Barisan Nasional Khususnya Umno bukanlah perkara yang mudah. Kekuatan seluruh Pakatan Harapan perlulah diperkemaskan dan sentiasa bersatu dalam apa jua cabaran dan fitnah yang mendatang.

Walaupun kerajaan pada hari ini dilihat goyah sekiranya PRU dilaksanakan, dan melihat keadaan pembangkang yang pincang dan dan mempunyai masalah, Barisan Nasional dilihat masih relevan dalam memerintah.

“Kalah ketika lawan kuat itu perkara biasa, Kalah ketika lawan lemah itu menjadi luar biasa”
BERSATU perlu sedar dimana rakyat Malaysia sedang menilai dan mereka turut mengkaji. Seandainya perkara ini menjadi parah didala parti, keyakinan terhadap Barisan Nasional pasti kekal di hati mereka.

Analogi masyarakat Malaysia mudah, “kiranya kereta yang baru dipandu uju(test drive) sudah buat hal, baik sahaja pakai kereta lama. Sekurang kurangnya sudah tahu apa masalahnya”.

PPBM perlu lebih bersedia dalam menangani isu isu picisan kerana BARAH juga bermula dari TUMOR yang kecil. Kalau tidak dirawat dengan baik, NYAWA pasti melayang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img