spot_img
spot_img

Hati Hati Jangan Teruskan Makan Makanan Yang Telah Dihinggap Lalat

spot_img

Perkara ini boleh dianggap normal kerana hampir setiap orang pun pernah melaluinya. Lalat sinonim sebagai haiwan yang kotor dan membawa bakteria. Walaupun badannya bersaiz kecil tetapi bakteria yang dibawa oleh lalat mampu membuat manusia jatuh sakit.

Jadi setiap kali anda melihat makanan menghingap makanan anda, jangan sambung makan selepas menghalaunya sebaliknya anda haruslah membuang bahagian yang telah disentuh oleh lalat.

Ini kerana lalat akan muntah setiap kali mereka mendarat dia atas makanan dan sekaligus membawa bakteria najis dan makanan reput lain yang menjadi tempat persinggahan mereka.

- Advertisement -

Satu kajian yang mereka jalankan menggunakan lalat dari tong sampah dan pintu masuk di empat restoran mendapati serangga itu membawa lebih banyak penyakit dari yang disangka.

Mereka berkata orang dewasa yang sihat boleh melawan bakteria-bakteria itu, tetapi kanak-kanak dan orang tua serta mereka yang lemah sistem imun berada dalam risiko.

Ron Harrison, dari kawalan serangga Orkin berkata: “Mereka cuma perlu menyentuh makanan anda selama satu saat untuk membolehkan kaki dan bulu halus di badan mereka memindahkan kuman dari semua benda kotor yang mereka makan ke makanan anda”.

- Advertisement -

“Dan memandangkan lalat boleh memindahkan penyakit berjangkit serius seperti taun, disentri, dan kepialu, mungkin langkah yang terbaik jika anda mengelakkan makan benda-benda yang pernah disentuh oleh lalat.

Kredit Metro.co.uk dan Siakap Keli. 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img