spot_img
spot_img

Jangan Bermain Dengan Api

spot_img

Barisan Nasional diakui sangat kukuh kedudukan nya dihati rakyat Malaysia lebih 50 Tahun. Dengan kekuatan gabungan parti berasaskan kaum, Umno dilihat mampu menjadi tunjang yang sangat baik untuk negara Malaysia. Turut dibantu parti parti dari Sabah dan Sarawak menjadikan Barisan Nasional mampu mengharungi permasalahan rakyat Malaysia secara effisien lebih sedekad lamanya.

Melihat kepada senario semasa, isu perkauman di Malaysia bukan lagi menjadi permasalahan utama Rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia kini sudah lebih matang dari sudut penerimaan adat,budaya dan agama kaum lain dan ia membuktikan, perbezaan bangsa dan agama dapat dihormati dengan cemerlang oleh kita sebagai bangsa Malaysia.

Hadir satu isu baru yang lebih mencetuskan huru hara negara. Dengan isu ini,perpecahan boleh berlaku, dengan isu ini masalah jenayah makin meningkat, dan dengan isu ini juga rakyat akan rasa dizalimi dan terus terhimpit dengan arus kemodenan dunia.

- Advertisement -

https://youtu.be/G4VpsAiQadM

KETIRISAN, PEMBAZIRAN, HUTANG

3 perkara yang sekiranya tidak dibendung, maka runtuhlah negara tersebut. Pada 21 April yang lepas, satu wawancara telah dianjurkan oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia Johor bersama Datuk Zaid Ibrahim,bertempat di Johor Bharu. Wawancara ini membincang tentang Pilihan Raya Umum 14 dan hala tuju kepimpinan pembangkang dalam negara Malaysia.

- Advertisement -

Dalam wawancara ini, Datuk Zahid sendiri menekankan sejauh mana Malaysia akan maju dengan seorang pemimpin yang bagus. Memetik kenyataan Datuk Zahid, “sekiranya kita tidak tamak dalam memimpin sebuah negara, rakyat tidak akan kaya tetapi lebih bahagia”

Malaysia pada hari ini dilihat sebagai negara yang sungguh tenat dari segi hutang dan ketirisan. Pelbagai skandal besar dan kadar hutang negara sehingga 900billion yang pastinya merisaukan rakyat Malaysia.Persoalan yang sama bagi seluruh rakyat Malaysia, adakah pucuk pimpinan kerajaan tidak berasa mereka perlu berasa malu?

Corak Politik Seranta negara Malaysia kini sudah mula berubah seolah olah “Harimau Malaya” menjadi “Kucing Pelihara”. Dahulu Malaysia padan tahun 1970 telah diugut oleh british, Tun Mahathir dengan beraninya melancarkan kempen “Buy British Last” dan “Dasar Pandang ke Timur” bagi menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara berdaulat.

Kini pendekatan Datuk Seri Najib Razak sedikit berbeza, apabila diugut oleh Kerajaan India, terus beliau meraikan bangsa India di Malaysia habis habisan. Tidak menjadi kesalahan kerana mereka juga rakyat Malaysia. Tetapi tindakkan Perdana Menteri kita ini menunjukkan berapa mudahnya Malaysia boleh ditekan oleh negara luar. Kedaulatan Sebuah Negara boleh dicemari tanpa kita dijajah andai segala keputusan pemerintah dipengaruhi oleh kuasa luar.

Mengulas tentang pindaan undang-undang RUU 355, Datuk Zaid berkata “jangan bermain dengan api”. Isu RUU 355 ini adalah isu yang amat sensitif dan melihat kepada parti yang membawanya hanya seolah olah ingin meraih sokongan dikalangan rakyat yang beragama islam di Malaysia. Ini turut membuktikan PRU 14 sudah semakin dekat.

Secara jujurnya, Datuk Zaid sendiri mengakui yang beliau bukan menentang undang undang syariah, akan tetapi sebagai rakyat Malaysia yang beragama islam, beliau sedar akan kepentingan undang-undang syariah kerana ianya sudah termaktub didalam perlembagaan persekutuan. Tambahan beliau pula “mustahil bagi Malaysia untuk ditadbir dengan undang-undang sivil sahaja kerana undang-undang syariah turut mempunyai tempat di Perlembagaan Persekutuan yakni khas untuk orang beragama islam”.

Cuma, yang ditentang adalah tahap relevan sesuatu pindaan itu untuk dilakukan. Bersama wartawan tularr.com beliau memberikan satu analogi:

“RUU 355 ibarat kereta, Pemandu tak pernah lagi mencapai had laju maksima ketika membawa kereta. Tapi sudah mahukan kereta yang lebih tinggi had lajunya? Bukankah ini perbuatan tidak relevan”

Masih ada banyak lompong yang boleh dibaiki oleh PAS, kenapa RUU 355 yang menjadi pilihan? Kerana sepanjang kewujudan mahkamah syariah di malaysia, hukuman maksima langsung tidak pernah digunakan. Bagaimana “mereka” tahu ia tidak berkesan seandainya ia tidak pernah digunakan?, tambahnya lagi.

Bermain dengan api adalah perumpamaan tentang keadaan yang sedang berlaku kini. Rakyat kini sedang berdepan dengan kos sara hidup yang memilukan. Ditekan lagi dengan cukai yang meningkat tinggi, harga minyak yang turut meningkat, dan dengan perlakuan pemimpin yang korup dan dikerumuni skandal wang berbilion ringgit, ia pasti mencetuskan kemarahan rakyat.

Pesanan Datuk Zaid kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, “if you loose this election, dont spoile the country. Terima kekalahan dengan hati terbuka, berlaku adil dan tunggu pilihanraya seterusnya”

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil buminya. Disamping aman dan makmur serta rakyat yang tinggi nilai budi bahasanya. Merujuk kepada kenyataan Datuk Zaid, Malaysia kini hanya perlukan seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai visi yang jelas dan mampu kembali menjadikan Malaysia sebagai negara yang dicintai dan dibanggakan oleh rakyatnya.

Seandainya suatu ketika dahulu, Malaysia dikenali dengan keberanian seorang pemimpin di mata dunia, pemimpin yang sama pasti ada. Kerana Malaysia tidak penah ketandusan bakat-bakat muda yang mampu membawa negara Malaysia sekali lagi dihormati dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img