spot_img
spot_img

Watson Nyambek Buat Laporan Akibat Terguris Kerana Mendiang Bapanya Dihina

spot_img

Bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek hari ini membuat laporan polis berikutan tindakan biadap pengacara rancangan komedi terbitan sebuah syarikat televisyen swasta yang menyamakan mendiang bapanya dengan binatang.

Watson tiba di pekarangan Balai Polis Pusat Miri pukul 9.20 pagi ditemani isterinya Felliza Michael Samdon serta lebih 20 orang yang mewakili 10 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terus memasuki balai untuk membuat laporan polis pada 9.58 pagi.

Sejurus selesai membuat laporan polis, Watson, 41 yang kini menjadi jurulatih sukan sepenuh masa, berkata laporan polis dibuat untuk membolehkan siasatan dijalankan ke atas stesen televisyen, penerbit dan pengacara rancangan komedi itu.

- Advertisement -

“Perkara ini telah mengaibkan saya dan keluarga saya, tindakan tegas perlu diambil, saya mahu polis siasat motif sebenar mereka bertindak demikian,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img