spot_img
spot_img

Manfaat Dan Kelebihan Suka Makanan Pedas

spot_img

Orang Malaysia memang kaya dengan makanan pedas dan sememangnyagila pedas!

Rempah ratus, cili dan sos pedas antara ramuan dalam menghasilkan hidangan pedas yang membuatkan kita semua jadi ketagih. Kalau tak ada yang pedas-pedas sudah seperti putus selera makan. Masih ramai lagi yang tidak tahu, makanan pedas juga antara satu cara pemakanan yang sihat.

Tapi kenapa?

- Advertisement -

Ada kajian yang mengatakan orang yang gemar makan makanan pedas akan hidup lebih lama dan sukar jatuh sakit. Selain itu, ia juga mampumerawat simptom demam dan melawan sel-sel berbahaya kanser.

Ia bukan sahaja menambah rasa ada masakan anda tapi juga memberi pelbagai faedah kesihatan. Ini lagi 5 manfaat kesihatan tubuh badan dari makanan pedasssssszzzzz…

#1 Berat Badan Turun!

Komponen yang dipanggil capsaicin didalam cili yang memberi rasa pedas dan hangat. Sekaligus membuatkan anda rasa berpeluh dan menariknya ia juga membakar kalori.

#2 Miliki Jantung Sihat

- Advertisement -

Kajian mendapati mereka yang gemar makan makanan pedas risiko untuk mendapat serangan sakit jantung sangar rendah. Ini kerana cili dapat mengurangkan kolesterol dalam darah dan meningkatkan fungsi jantung. Foto – Delish.com

#3 Kanser? No way!

Menurut dari laporan American Association for Cancer, capsaicin mampu membunuh sel kanser dan leukemia. Dalam makmal uji kaji menunjukkan rempah dari kunyit mempunyai tinggi antioksida sebagai mengurangkan risiko kanser.

#4 Mengimbangi Mood

Makanan pedas antara yang terbaik menghasilkan hormon baik, dipanggil serotonin. Ia membantu melegakan tekanan dan depresi.

#5 Memperbaiki Tekanan Darah

Vitamin A dan C menguatkan dinding otot manakala rasa panas haba dari cili melancarkan perjalanan darah dalam badan. Kitaran ini menguatkan sistem kardiovaskular.

Namun jaga-jaga! Jangan makan makanan secara berlebihan pula.]

Kredit Wanista.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img