Isu “Rotan” menjadi tindakan yang paling berkesan sedari turun temurun. Kaedah merotan ini mewujudkan perasaan takut pada mulanya dan akhirnya secara tidak sedar turut mendisiplinkan seorang individu. Ia boleh menjadi satu hukuman atau sebagai pengajaran. Persoalan nya, sejauh mana tindakan merotan ini mampu memenuhi kriteria “hukuman yang memberi pengajaran” ini?
Malaysia digemparkan kisah adik Thaqif Amin yang dirotan sehingga menyebabkan pendarahan dalaman dan akhirnya menyebabkan kaki beliau dipotong. Perkara ini menimbulkan kemarahan rakyat apabila tindakkan tersebut dianggap keterlaluan dan warden tersebut perlu bertanggungjawab.
Dalam Islam sendiri mengesyorkan rotan sebagai jalan terbaik untuk memupuk disiplin terutama dalam solat. Tetapi perkara ini bersyarat seperti tidak meninggalkan bekas,bukan di bahagian muka, dan bertujuan sebagai memperingati dan bukan sehingga mencederakan.
Seandainya “peraturan” rotan ini di ikuti, kes adik Thaqif pasti tidak akan berlaku. Rakyat Malaysia masih menunggu jawapan individu yang bertanggungjawab dalam isu ini. Sehingga kini, warden tersebut mengambil langkah berdiam diri dan tiada sebarang kenyataan yang dilakukan.
Sisatan akan dijalankan dan jelas bahawa rotan ini ada baik buruk nya. Disebabkan perbuatan warden tersebut, terserlah buruk dari baiknya.
Rakyat Malaysia harus juga sedar, rotan ini menjadi kaedah untuk mendidik didalam budaya orang melaysia. Cuma setiap generasi memerlukan kaedah “merotan” yang berbeza. Mungkin kaedah seperti menarik terus penggunaan “internet” selama sebulan atau mengurung didalam bilik bacaan buku selama 3 hari adalah perkara lebih takut daripada “rotan”.
Siapa tahu ianya pasti berkesan kerana Imam Ghazali juga pernah berpesan, “didiklah anak kamu berdasarkan keadaan ketika itu”, pesanan ini pasti berguna sekiranya semua warden cakna akan perubahan generasi semasa.