spot_img
spot_img

Gangster Baju Putih

spot_img

Gangsterisme di Malaysia bukan lagi menjadi perkara asing. Bermula dari bangku sekolah sehingga yang berbongkok tiga, budaya bergaduh, tanda kawasan dan semangat “brotherhood” yang kuat ini sentiasa menjadi isu panas di dada akhbar.

Tidak hairan sekiranya kes-kes buli di sekolah pun turut meningkat kerana budaya gangsterisme ini turut menjadi punca. Sekiranya di kaji semula, golongan pelajar yang terlibat dengan pertubuhan haram ini adalah dari golongan yang kurang kasih sayang keluarga dimana ia sebenarnya menjadi trauma dan golongan ini juga cuba mencari perhatian. Akhirnya, terjebak kedalam kumpulan kumpulan yang mengangkat dan menyanjung mereka hasil dari “bakti” yang mereka lakukan.

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan menyokong tindakan polis menangkap pelajar yang terlibat dengan jenayah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam perkara ini, pelajar itu sendiri yang memilih untuk menyertai kegiatan tersebut daripada menjalani sesi persekolahan seperti pelajar lain.

- Advertisement -

“Baharu tingkatan empat dan lima sudah jadi gangster, itu bermakna mereka tidak mahu bersekolah. Jika mereka buat jenayah, tangkap dan ambil tindakan undang-undang sewajarnya.

“Kementerian melalui Jabatan Pendidikan tidak mahu berunding lagi memandangkan elemen itu telah wujud malah disahkan serta diklasifikasikan pihak polis sebagai gangster,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img