Apa yang anda gambarkan apabila mendengar perkataan Sawah? Pasti dalam fikiran anda akan muncul pemandangan sawah padi yang luas terbentang, udara yang menyegarkan dan warna hijau yang mendamaikan, Memang begitulah gambaran kawasan sawah padi pada siang hari.
Di waktu malam pula, kawasan sawah padi agak sedikit menyeramkan kerana kurangnya pencahayaan yang baik di sekitar kawasan sawah. Namun berbeza pula dengan kawasan sawah di Jepun. Kawasan sawah yang terletak di Shiroyone, Senmaida, Jepun ini menggunakan teknologi Light Emitting Diode(LED). Sebanyak 20,000 lampu LED menerangi kawasan sawah di daerah tersebut dengan menggunakan tenaga sinar matahari.
Ini dilakukan untuk memperindahkan pemandangan di kawasan sawah pada waktu malam selain memberikan kesenangan dari segi pencahayaan kepada penduduk setempat. Kaedah ini juga telah menjimatkan kos bil elektrik sehingga mencapai 1 juta poundsterling.
Sumber dari wowmenariknya.com