spot_img
spot_img

Oh macam ni ke rupanya nak bagi kentang tahan lama?

spot_img

Oleh Razzlyn Rosli Sumber hmetro.com.my.

Kentang merupakan salah satu bahan ruji disetiap dapur rumah kita. Penggunaan kentang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis masakan.

Dan disebabkan itu, ramai yang membeli kentang dalam kuantiti yang banyak namun tidak tahu cara untuk mengekalkan kesegaran kentang.
Berikut adalah panduan yang betul untuk menyimpan kentang.

- Advertisement -

Pilih kentang yang masih elok, jika beli kentang dalam bungkusan, lainkan segera jika anda lihat ada bahagian yang mula rosak.

Tanda – tanda kentang yang mula rosak adalah lebam, kulit tercarik, berkulat, lembik atau sebarang cela.
Kentang yang mula rosak harus digunakan segera dan tidak boleh disimpan lebih dari dua hari.
Simpan kentang di ruang gelap dan kering kerana cahaya akan menyebabkan kentang rosak. Antara ruang terbaik untuk menyimpan kentang adalah cabinet yang jarang dibuka.
Simpan dalam bekas yang mempunyai ruang untuk laluan udara, bukannya dalam bekas kedap.
Biarpun suhu sejuk bagus untuk memanjangkan hayat kentang tetapi ia tidak harus disimpan dalam peti ais kerana suhunya terlalu rendah dan boleh merosakkan rasa kentang.
Periksa kentang anda secara berkala untuk memastikan tiada yang rosak. Kerana kentang yang rosak mampu menjangkiti kentang – kentang yang lain.
Bersihkan kentang menggunakan berus kering dan jangan sesekali membasuhnya.
Jauhkan kentang dengan buah – buahan kerana bahan kimia terhasil daripada buah boleh menyebabkan kentang masak lebih cepat.

 

- Advertisement -

Kentang boleh disimpan secara berlapis dalam bakul yang mempunyai bukaan tetapi setiap lapisan perlu dilapik

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img