spot_img
spot_img

UMNO dahulu UMNO Sekarang

spot_img

https://www.facebook.com/tularrOfficial/videos/269150906888356/

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) adalah bukti gabungan semangat orang melayu sebelum kemerdekaan dalam menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah. Turut dikenali sebagai United Malay National Organization (UMNO), parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dan telah mengumpulkan 29 buah persatuan bagi menandatangani pertubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu

- Advertisement -

Diterajui oleh Dato’ Onn Jaafar selaku Yang Dipertua pertama, tujuan penubuhan parti ini akan berubah mengikut keperluan semasa. Ini dapat dilihat pada tahun 1946, antara tujuan penubuhan dan kejayaan dalam mencapai objektif penububan adalah

  1. Menentang Malayan Union
  2. Menyatukan orang melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  3. Mewujudkan satu organisasi nasional
  4. Menjaga kepentingah politik dan ketuanan Melayu
  5. Memajukan pendidikan orang melayu
  6. Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia dengan kemerdekaan.

Tujuan parti mula berubah pada tahun 1949 dimana ketika itu UMNO berobjektifkan

  1. Menjalankan fungsi sebuah parti SIASAH (berkaitan politik & pentadbiran) di tanah melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa melayu
  2. Menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
  3. Memajukan orang melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan dan ikhtisas (berkaitan ekonomi)
  4. Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
  5. Mula menuntut kemerdakaan.

- Advertisement -

Segala objektif dan tujuan UMNO ketika ini telah dicapai dan kemerdekaan Tanah Melayu telah diberikan pada tahun 1957. Nama-nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dato’ Onn Jaafar dan Tun Hessein Onn menjadi individu yang bertanggungjawab membela nasib orang melayu dalam politik, ekonomi dan sosial melalui UMNO. Krisis ketika itu ada, tetapi tidak sehingga memporak perandakan pertubuhan tersebut dan masih boleh dikawal oleh ahli UMNO ketika itu.

PASCA MERDEKA-1988

Ketika ini UMNO dilihat sebagai satu parti dominan dalam perikatan antara UMNO, MIC dan MCA. Pada 1974, Barisan Nasional ditubuhkan bagi menggabungkan 3 parti terbesar antara kaum bersama parti parti komponen di Sabah dan Sarawak. Dominasi UMNO masih kekal didalam Barisan Nasional sehingga kini.

Hala tuju perjuangan sudah berbeza. Daripada memperjuangkan kemerdekaan dan melawan Malayan Union, ketika ini UMNO sudah mengorak langkah dalam memajukan ekonomi bangsa melayu. Rancangan Malaysia telah dijalankan bagi membasmi kemiskinan. Dalam pendidikan pula, Zainal Abidin Ahmad(Zaaba) juga ahli umno bertungkus lumus dalam mengeluarkan bangsa melayu dari belenggu buta huruf.

Zaaba

Ini menampakkan hasil apabila 3 Juta bangsa melayu telah mula pandai membaca dan mengira dan 3000 buah sekolah ditubuhkan setelah Penyata Razak dijalankan selama 10 tahun. Ini perjuangan UMNO ketika itu, segala yang dilakukan hanyalah untuk Agama, Bangsa dan Tanah air.

KRISIS 1988

Tahun yang memberi kesan terbesar kepada penubuhan UMNO. Ketika ini Parti sudah memiliki ramai calon yang berkaliber untuk memerintah. Nama-nama seperti Mahathir Mohammad, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh, Ghaffar Baba,adalah individu yang boleh membawa UMNO ke aras yang lebih tinggi.

Malangnya, perpecahan berlaku didalam umno dan berpecah kepada dua bahagian. Keputusan mahkamah terhadap parti melalui “UMNO 11” menjadi titik tolak dalam perubahan besar terhadap UMNO. Pertubuhan ini telah dimansuhkan dan UMNO baru telah ditubuhkan. Sehinggakan ketika ini, UMNO tiada kuasa dalam memerintah negara seketika dan dimangku oleh Lee Leong Sik, dari MCA ketika itu. Ketegangan berlaku dan ia dilihat semakin baik selepas UMNO baru ditubuhkan.

Antara individu didalam UMNO 11 yang dikatakan sebagai pekhianat dan menentang Pemerintahan Tun Mahathir ketika itu adalah Shabery Chik, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh dan juga Abdul Rahim Abdul Rahman.

MAHATHIR 1989-2003 VS NAJIB RAZAK 2009-2017

Ketika era Mahathir ini, berlaku proses penerimaan semula individu kedalam UMNO dan Abdullah Ahmad Badawi sendiri dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1991. Walaupun pada 1993 beliau kalah dalam pencalonan timbalan presiden, Tun Mahathir masih lagi meletakkan beliau didalam jemaah menteri membuktikan dalam pemerintahan beliau, tidak ada rasa dendam selagi mana individu tersebut bagus dalam kerja dan perjuangannya.

Memetik sedikit kata-kata Syamsul Amri(Syamsul Debat) dalam ucapan beliau ketika Perhimpunan Agung Umno 2016.

“Sejarah telah membuktikan, yang keluar UMNO suatu ketika dahulu mereka pasti akan datang semula. Kita jangan risau. Yang pergi biarkan pergi, yang ado ni jago elok elok”. Kata beliau.

https://youtu.be/JQZDAYO4nT4

Kebenarannya adalah, dahulu ahli tinggalkan UMNO adalah kerana tidak sehaluan dalam perjuangan dan untuk memperbaiki kelemahan parti itu sendiri. Perkara ini berlaku dan hasilnya umno baru yang lebih effisyen ditubuhkan. Ia turut diperakui sah di sisi Undang Undang.

Kini, yang keluar bukan kerana tidak suka kepada parti. Keluarnya individu-individu ini adalah disebabkan pemerintahan yang semakin lama semakin teruk. Hutang makin bertambah, ketirisan makin meningkat. 2 situasi ini tidak boleh kita samakan kerana tujuan keluar itu sendiri sudah berbeza, ditambah dengan keadaan Pertubuhan dahulu dan kini turut berbeza. Ia di akui sendiri oleh Tun Mahathir sendiri melalui kenyataan beliau,

“Disebabkan kini ahli terlalu takut dengan Najib Razak, takut akan kehilangan pangkat, harta dan pengaruh, maka mereka tidak berani melawan.

Malah sekirnya mereka melawan, mereka akan dibuang, ditekan sekeras keras nya sehingga keluar parti” Kata beliau ketika ditemuramah oleh team Tularr.com.

Tambahan beliau lagi, “pemimpin sekarang ini tidak menurut dasar dan perjuangan Umno. Seperti meminjam duit berbilion bilion lalu hilang”.

KALAM AKHIR

Kehadiran individu seperti UMNO 11 dan juga Semangat 46 pasti tidak akan berlaku lagi. Melihat kepada yang menentang kini bukan lagi minoriti. Nama-nama dibahagian lawan pihak kerajaan seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Shafie Afdal, Mukhriz Mahathir, Ahmad Sabu, dan Muhyiddin Yassin pasti memberikan tekanan yang lebih kuat bagi Najib Razak sekiranya beliau bercita cita ingi meneruskan pemerintahan.

UMNO dahulu dan kini masih kekal hanya pada nama. Tetapi semangat ahli nya kian pudar dan perjuangan membawa bangsa melayu seluruh malaysia ke tahap yang lebih jauh dari sudut ekonomi dan sosial semakin malap.

Rakyat makin susah,
hutang kerajaan makin bertambah,
Syukur Malaysia masih aman

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img