Dipetik dari portal bustle.com tidak membuka kasut di depan pintu rumah ternyata mempengaruhi kesihatan anda.
Dr Kevin Garey dari University of Houston menemukan bahawa berjalan – jalan di dalam rumah dengan menggunakan kasut boleh menyebabkan tubuh anda penuh dengan bakteria kerana kasut menarik segala bentuk bakteria.
Dr Kevin menegaskan ada satu jenis bakteria yang mudah ditemui di tapak kasut iaitu CDC atau nama sainstifiknya Clostridium difficile. Bakteria CDS boleh menyebabkan colitis atau peradangan di bahagian usus besar.
Beberapa penyakit yang disebabkan oleh bakteri CDC adalah berak cair, demam, sakit perut, kehilangan nafsu makan, dan mual.
Pada tahun 2011, bakteri ini telah mempengaruhi lebih kurang setengah juta orang dari seluruh dunia dan 29,000 di antaranya meninggal dunia.