spot_img
spot_img

China Dan US Bersedia Lawan Korea Utara

spot_img

Amerika Syarikat dan China berkerjasama “rapat” menangani Korea Utara, kata Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis hari ini, 2 hari selepas Pyongyang mengadakan ujian peluru berpandu baharu.

Ujian pada Ahad itu “menunjukkan mengapa kita bekerjasama rapat dengan China, selepas mesyuarat di Mar-a-Lago” di Florida melibatkan pemimpin kedua-dua negara awal bulan ini, kata Mattis kepada pemberita.

Usaha AS-China bertujuan “mengawal keadaan dan menyasarkan pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea” seperti yang diharapkan oleh China, AS, Korea Selatan dan Jepun, katanya ketika dalam perjalanan ke Timur Tengah untuk rangka lawatan kerja.

- Advertisement -

“Kita berkongsi kepentingan yang sama,” katanya.

Korea Utara mencabar tekanan antarabangsa dalam usaha membina peluru berpandu balistik berkepala nuklear yang mampu mencapai tanah besar AS.

- Advertisement -

Pegawai kerajaan AS berkata peluru berpandu yang diuji Ahad lepas meletup beberapa saat selepas pelancaran.
Korea Utara masih mempunyai banyak masalah teknikal yang perlu diselesaikan, tetapi keamatan ujian ketika ini membimbangkan pakar strategi Pentagon.

Jangkaan sebanyak mana masa diperlukan Pyongyang untuk membina peluru berpandu balistik antara benua berbeza-beza, tetapi sesetengah pakar di Pentagon merasakan ia mungkin berlaku dalam masa 2 tahun.

Ada juga yang percaya beberapa tahun lagi diperlukan, memandangkan kesukaran mereka bentuk dan menguji kepala ledak.
Komponen tersebut, yang boleh mengandungi bom nuklear, perlu mampu menahan haba dan kejutan hebat semasa memasuki semula ruang atmosfera selepas ia dilancarkan ke angkasa.

Mattis tiba di ibu negara Arab Saudi, Riyadh hari ini, destinasi pertama dalam rangka lawatan ke Timur Tengah yang akan menyaksikan beliau melawat Mesir, Israel dan Qatar, dan Djibouti di Tanduk Africa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img