spot_img
spot_img

Pelacur Media Sosial

spot_img

Sebuah applikasi sosial yang semakin menular dikalangan rakyat Malaysia telah mendapat perhatian kerajaan dimana ia mampu meruntuhkan moral dan menjahanamkan sistem sosial rakyat Malaysia sendiri.

Bigo Live telah menjadi trend bagi anak muda selaras dengan objektif penubuhan aplikasi ini di Singapura iaitu mewujudkan jaringan sosial, meluaskan perniagaan, dan membantu seseorang dalam memasarkan semua benda secara terus dengan orang lain.

Namun yang menjadi isu apabila, aplikasi tersebut tiada mempunyai tapisan dan sehinggakan mampu menjadi laman pelacuran yang sah di alam maya.

- Advertisement -

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) digesa menyiasat aplikasi “Bigo Live” dan mengambil tindakan segera mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut.

Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara hari ini berkata aplikasi berkenaan dianggap sebagai “pelacur media sosial” yang memberi ancaman kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah.
Katanya aplikasi yang berbentuk “live streaming” itu semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna media sosial kerana fungsinya yang membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung seperti berkenalan dengan rakan baharu atau meluaskan perniagaan mereka.

- Advertisement -

“Apa yang menyedihkan ialah rata-rata pengguna media sosial menyalahgunakan ‘Bigo Live’ yang bertujuan menjatuhkan moral dan dikhuatiri boleh mengundang masalah sosial yang teruk pada masa depan,” katanya.

Mustapa berkata penonton aplikasi itu begitu ghairah memberi “hadiah” kepada pemilik akaun “Bigo Live” dengan mudah menayangkan “aset” mereka, termasuklah aset yang tidak sesuai untuk ditayangkan.

“Ia semakin membimbangkan apabila ada antara mereka memberi komen lucah dan mahukan lebih daripada apa yang ditayangkan dan perkara ini mengundang ketagihan kepada pengguna dan akhirnya menjebakkan diri kepada perkara tidak sihat,” katanya.

Katanya teknik pemasaran seperti itu menarik minat pengguna aplikasi itu untuk mendapatkan seberapa banyak “hadiah” daripada penonton.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img