spot_img
spot_img

Menipu 31 Juta, Skim Pelaburan Tumpas

spot_img

Pengendali sebuah skim pelaburan “crude palm oil” ditahan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) baru- baru ini diatas pertuduhan dan laporan penipuan yang berjumlah 31 Juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Acryl Sani menyatakan bahawa lelaki yang berusia 35 tahun itu telah ditahan pada jam 6 petang sekitar ibu kota hari ini.

“Turut dirampas lima kenderaan mewah termasuk dua buah motosikal berkuasa tinggi bersama geran tanah dan wang tunai sebanyak RM 53,035.

- Advertisement -

“Lelaki ini berperanan sebagai pengendali akaun syarikat pelaburan itu dan juga merupakan anak kepada suspek utama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 248 laporan polis berhubung skim pelaburan terbabit.

“Berdasarkan siasatan, syarikat yang telah beroperasi sejak awal tahun lepas itu mendakwa menjalankan pelaburan berasaskan jual beli minyak kelapa sawit dengan menawarkan empat pakej pelaburan.

- Advertisement -

Selain itu, syarikat itu turut menjanjikan keuntungan sehingga 30 peratus dan bayaran dividen setiap 12 hari bekerja setiap bulan.

Menurut Acryl Sani, pada peringkat awal, syarikat terbabit telah membayar dividen seperti yang dijanjikan.

Namun, syarikat itu ditutup dan anggota lembaga syarikat melarikan diri selepas kebanyakan pelabur membuat penambahan pelaburan dalam jumlah yang besar.

Acryl Sani berkata, lelaki terbabit direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – Bernama

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img