TERKINI
PANAS

Anwar Failkan Saman Terhadap Kerajaan

April 18, 2017 7:59 am – Aiman Shahar

Kuala Lumpur – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Kerajaan Malaysia dengan memohon perintah supaya dibebaskan dari penjara dengan alasan sabitan kes liwat ke atasnya diperoleh melalui penipuan oleh pengadu kes.

Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang, memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui melalui peguam N Surendran.

Dalam pernyataan tuntutan beliau, Anwar berkata, sabitan liwat terhadapnya diperoleh melalui penipuan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi dan diteruskan di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.


Anwar berkata, disebabkan penipuan itu, keputusan oleh Mahkamah Rayuan mensabitkannya dan memerintahkan hukuman lima tahun penjara yang kemudian disahkan Mahkamah Persekutuan, adalah batal dan tidak sah.

Beliau berkata, sabitan dan hukuman itu boleh diketepikan mengikut Seksyen 44 Akta Keterangan 1950.

Sehubungan itu, Anwar menuntut supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 dan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 diketepikan atas alasan penipuan. Beliau dengan itu memohon perintah supaya dilepas dan dibebaskan.

BH Online

 

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
jendela
bestride

Bancian

Adakah anda mahukan kabinet menteri Malaysia dirombak kerana prestasi mereka tidak memuaskan rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

covid
doc24
ebitmart