Dalam tempoh 37 Tahun, satuĀ penemuan bersejarah dan sememangnya menambahkan kekayaan negara apabila Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menjumpai telaga minyak daratan yang pertama di Negara itu.
Menggunakan konsep geologi terbaru iaitu Share DiapirĀ Trap, ini adalah yang pertama kali digunakan oleh syarikat tersebut dan ia membuahkan hasil.
Telaga Layang Layang yang terletak di daerah Lumut mengandungi minyak dan gas dimana berkedalamanĀ 4,319 meter iaitu satu kedalaman yang lebih tinggi daripada Gunung Kinabalu.
Jumlah sebenar penemuan itu masih belum dinilai tetapi kiraan awal menunjukkan bahawa sasaran awal dan potensi pendapatan adalah bersamaan dengan kira-kira 15 peratus daripada belanjawan tahunan negara sebanyak $6 bilion.
Berita penemuan itu adalah satu berita yang amat baik bagi Brunei kerana di samping menambah volum asas sumber negara, hasil penemuan itu juga menyediakan penentukuran yang baik bagi prospek kawasan sekeliling yang belum digerudi di mana tiga lagi sedang dirancang untuk digerudi pada 2017 dan 2018.
Penerokaan itu dijangka akan membawa kepada lebih banyak perkembangan minyak dan gas darat pada masa akan datang serta akan membuka lebih banyak peluang bagi Brunei dalam sektor hiliran.
Sumber Sinar Online