spot_img
spot_img

Video Rutin Harian Bayi Ini Terlajak Comel Sampai Ditonton Hampir 14 Juta Kali

spot_img
Comel! Bayi berusia 5 bulan ini bernama Kaden Patrick dan dia sangat terkenal di Internet kerana video mengenai rutin hariannya setiap kali bangun dari tidur mendapat perhatian netizen.
Anak lelaki kepada pasangan Kent Siri dan Tara DiDomenico itu mula menjadi terkenal apabila Siri memuat naik sebuah video memaparkan Kaden yang begitu ceria ketika bangun dari tidur.
Video itu kemudiannya menjadi tular dan sehingga kini ia sudah ditonton sebanyak 14 juta kali!
Video berdurasi 36 saat itu memaparkan ‘Baby Kaden’ yang terlajak comel apabila dia mengangkat tangannya dengan begitu teruja sekali selepas dibebaskan dari bedungannya.
“Yay, seronoknya dah bebas!”
Kalau Kaden mampu berkata-kata, mungkin kata-kata inilah yang akan diungkapnya.
Semua yang melihat video bayi comel dan ceria itu tidak dapat menahan diri dari menahan ‘geram’ dengan gelagat Kaden.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img