spot_img
spot_img

Sistem Dimerit Untuk Rakyat Malaysia Bermula Hari Ini

spot_img

YAN – Pelaksanaan Sistem Mata Demerit yang berkuat kuasa hari ini, diharap akan dapat mendidik masyarakat mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob berkata pelaksanaannya melibatkan dua kesalahan utama iaitu perlanggaran lampu merah dan memandu melebihi had laju.

“Tempoh dua minggu untuk percubaan telah tamat semalam, dan hari ini Sistem Mata Demerit akan mula dikuatkuasakan, melibatkan dua kesalahan utama iaitu melanggar lampu merah dan memandu melebihi had laju.

- Advertisement -

“Menerusi reaksi yang diterima di laman sosial dan portal JPJ, ramai yang menyokong usaha ini dan ia dilihat merupakan langkah yang baik dalam mendidik masyarakat mematuhi undang-undang di jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Jerai di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dekat sini, hari ini.
Beliau berkata pelanggaran lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju merupakan faktor penyumbang kepada berlakunya kemalangan.

Sumber Sinar Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img