spot_img
spot_img

Sebat 100 Kali Bagi Pelaku Gay

spot_img

Bandar Acheh adalah wilayah yang menjalankan hukuman syariah dan di aplikasikan secara terbuka kepada orang awam.

Dua lelaki Indonesia akan berdepan dengan hukuman 100 kali sebatan hasil laporan jiran terhadap salah laku yang dilakukan oleh mereka.

Ketua Penyiasat Syariah, Marzuki berkata, jika didapati bersalah, kedua- dua lelaki itu akan menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman atas tuduhan salah laku seks gay di bawah kod yang dikuatkuasakan dua tahun lalu.

- Advertisement -

Video berkenaan menunjukkan. salah seorang lelaki berbogel sementara seorang lelaki ditolak beberapa kali oleh jiran bagi mengelakkan mereka keluar dari bilik berkenaan.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah majoriti Islam Indonesia mengamalkan undang-undang Syariah, yang merupakan konsesi yang dibuat oleh kerajaan pusat pada tahun 2006.

Satu kod Syariah dilaksanakan dua tahun yang lalu, membolehkan sehingga 100 sebatan bagi kesalahan moral, termasuk seks gay.

- Advertisement -

Marzuki berkata, penduduk di kejiranan Rukoh Banda Aceh curiga dengan perilaku kedua-dua lelaki kerana mereka sering dilihat intim.

‘Berdasarkan siasatan kami, keterangan saksi-saksi dan bukti, kita boleh membuktikan bahawa mereka telah melanggar undang-undang syariah Islam dan kita boleh membawa mereka ke mahkamah, ” katanya.

Sumber Sinar Harian

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img