spot_img
spot_img

Rezeki Tiada, Apakan Daya

spot_img

Batu Pahat: Dua lelaki berusia 29 tahun ditahan di depan sebuah dewan di Kilometer 32 Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam, 4 petang semalam, selepas didapati mencuri kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung kegiatan jenayah dua lelaki itu.

Katanya, dua anggota Balai Polis Ayer Hitam dibantu anggota trafik yang melakukan tugas kawalan lalu lintas bertindak menahan kenderaan dinaiki suspek.

- Advertisement -

“Polis merampas sebuah Proton Iswara, sebatang pahat sawit dan 29 tandan buah sawit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sumber Harian Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img