Padah gian nak merokok! Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang cedera di muka akibat letupan kecil ketika mahu menyalakan api rokok ketika berada di dalam tandas di sebuah hotel di Genting Highlands.
Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku pada pukul 11 pagi itu mengakibatkan lelaki yang berusia 40 tahun melecur di bahagian muka.
Ketua Balai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata “Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian pada kira-kira 11.09 pagi mendapati terdapat kesan letupan dan kebakaran di dalam bilik tandas itu,”
“Kita tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada tindak balas api serta gas yang terdapat dalam tangki septik tandas itu.
“Bagaimanapun, Unit Forensik bomba dari Kuantan sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,”
Identiti mangsa masih belum dikenal pasti. Bagi para perokok yang sudah terbiasa untuk menghisap rokok di dalam tandas pasti akan berfikir dua kali sebelum merokok di dalam tandas.
What’s your Reaction?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1