spot_img
spot_img

Bahana Membeli Kereta Murah

spot_img

Pembelian kereta  melalui e-dagang amatlah memudahkan rakyat Malaysia. Tetapi sekiranya menjumpai kereta yang terlalu murah atau dibawah harga pasaran, pembeli perlulah berwaspada supaya tidak ditipu bulat bulat oleh penjual.

Rata rata pembeli yang tertipu hanya disebabkan sikap yang tergesa gesa dan tidak ada sebarang penyelidikan terhadap penjual lantas tertipu dan kebanyakkan kes disedari hanya selepas pembayaran deposit dilakukan. Penjual akan gagal dihubungi dan ini menunjukkan yang pembeli sudah dikelentong secara terus.

- Advertisement -

“Berurus niaga secara online perlu waspada. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah, jualan penghabisan stok, barangan reject, tawaran untuk hari ini sahaja dan seumpamanya yang menyebabkan kita tergesa-gesa membuat pembelian,” ujar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Bagaimanapun ujarnya, sekiranya pelanggan merasakan dirinya menjadi mangsa kepada penipuan, mereka perlulah bertindak membuat laporan polis supaya tindakan pembanterasan dapat dilakukan.

KRONOLOGI KES

- Advertisement -

1- 1 Januari 2013 – Seorang pemuda kerugian RM5,000 ketika membuat urusan jual beli di internet. Mangsa, dikenali sebagai Fendy 28, terpengaruh dengan harga RM25,000 bagi Subaru Impreza menerusi iklan di laman web sedangkan harga pasaran sekitar RM90,000.

Lelaki yang menjual kereta tersebut yang dikenali dengan nama Wong meminta Fendy memasukkan wang RM5,000 sebagai deposit. Wong kemudiannya memberikan dia satu alamat di Seremban, Negeri Sembilan kononnya untuk penyerahan kereta dan baki pembelian.

Fendy curiga kerana tempat itu seperti rumah tinggal dan menyedari dia ditipu apabila menunggu di sana lebih dua jam dan Wong masih tidak muncul.

15 Mac 2017 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Selangor telah mengesan satu penipuan jual beli atas talian melalui laman web di mana pihak polis telah menerima sebanyak empat laporan mengenai penipuan yang melibatkan penjualan kereta jenis Nissan Vannete yang dilaporkan ke atas penama Yoong Wun Kang yang diiklankan dalam laman web tersebut.

Selain itu, laporan polis juga dibuat melibatkan penipuan penjualan kereta jenis Land Cruiser terpakai dengan nombor pendaftaran ST 6243 yang melibatkan tiga laporan polis dibuat ke atas penama Leong Kai Ling dan satu laporan polis telah dibuat ke atas penama Lam Kin Seong melibatkan penjualan kereta terpakai jenis Perodua Kelisa.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img