spot_img
spot_img

“Akal” Rafizi Ramli

spot_img

Usaha Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dilihat konsisten menuduh Nasharuddin Mat Isa dalam isu 1MDB dilihat sebagai langkah beliau ingin memporak perandakan hubungan PAS-PKR. Ini di teruskan dengan melakukan akuan sumpah berkanun oleh beliau menunjukkan beliau begitu yakin terhadap segala pertuduhan yang telah beliau lemparkan.

Perkara ini dinyatakan sendiri Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dimana beliau (Rafizi) macam berusaha untuk pastikan PAS dan PKR berpecah supaya boleh menyingkir Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya dari dunia politik.

- Advertisement -

“Selama ini, hubungan PAS dan PKR baik kerana adanya individu seperti Azmin, namun tindakan Rafizi sekarang dilihat memang sedang berusaha untuk memecahkan hubungan politik yang ada di antara PAS dan PKR,” katanya selepas merasmikan Konvensyen PAS Kedah 2017 di Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Amar berkata kemenangan tanpa bertanding Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing menjelang Muktamar Pusat Ke-63 hujung bulan ini membuktikan sokongan pasu anggota PAS terhadap kepimpinan mereka.

Ini sekaligus menyangkal dakwaan golongan tertentu dan PKR bahawa anggota PAS tidak mahukan Abdul Hadi kekal sebagai presiden PAS, katanya .

- Advertisement -

BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img