spot_img
spot_img

Sama Ada Tahun Ini Atau Tahun Depan, BN Tetap Menang

Keyakinan Datuk Seri Najib Razak terhadap PRU 14 sangat tinggi apabila beliau tidak kisah sama ada PRU akan berlaku pada tahun ini atau tahun depan, Barisan Nasional tetap akan menang.

Menurut beliau lagi, persiapan rapi sudahpun dilakukan oleh jentera Umno serta parti parti komponen BN dan beliau yakin gabungan jentera dari semua parti komponen akan membawa kemenangan kepada Barisan Nasional.

“Pilihan raya boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan. Tahun ini boleh menang, tahun depan pun boleh menang. Kita sudah asah keris,” katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

- Advertisement -

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pimpinan tertinggi Umno dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.

Presiden Umno tersebut berpesan kepada semua ahli supaya jangan sombong dan berlagak terhadap kekuatan yang kita ada. Tambahnya lagi, tidak perlu lagi untuk memikirkan siapa yang akan bertanding kerana fokus hanyalah menguatkan jentera di semua sayap bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

- Advertisement -

“Saya nak minta, jaga hati rakyat dan pengundi. Bila mereka susah, kita tolong… jangan dekat pilihan raya baru nak pergi jumpa mereka,” kata Najib.

Beliau berkata hanya dengan cara itu, Umno dan parti komponen BN yang mempunyai hubungan yang diasaskan secara telus dan ikhlas untuk kepentingan rakyat yang dapat bertahan.

Ini, katanya, berbeza dengan pembangkang yang wujud atas dasar kebencian.

“Untuk menang di kerusi-kerusi tertentu, bolehlah. Tetapi, adakah mereka (pembangkang) mampu tubuhkan satu kerajaan?,” katanya.

Sumber Malaysia Kini

 

comments

Terkini

spot_img
spot_img