Program Jelajah Semarak yang dijalankan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini dulaskan lagi ke negeri Kelantan bagi membongkar penipuan terhadap rakyat selama ini.
Menurut Presidenya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bersatu tidak mahu rakyat ditipu lagi oleh Umno yang selama ini menyembunyikan pelbagai skanda dan penipuan dan ini perlu dibongkarkan supaya rakyat kita tahu.
“Rakyat perlu sedar dan tahu permasalahan yang sedang berlaku, di mana penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah yang semakin berleluasa.
“Kita akan perhebatkan Jelajah Semarak ini ke seluruh negara di mana ia akan bermula di Kelantan pada malam ini (semalam),” katanya pada kepada media pada Majlis Perasmian Pejabat Bersatu Kelantan di sini, semalam.
tambahnya lagi, Bersatu sudah menjumpai kekuatan mereka di Kelantan dan akan perhebatkan Jelajah Semarak ini di seluruh Negeri itu.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pakatan Harapan juga sedang berbincang strategi yang paling sesuai dan berkesan untuk menang besar dalam PRU14 nanti.
“Kita (Pakatan Harapan) akan bincang strategi paling sesuai bagi memastikan boleh menang kerusi lebih banyak. Kena bincang terperinci supaya lebih fokus,” katanya.
Tambahnya, diskusi strategi masih dilakukan sekarang sama ada di peringkat negeri mahu pun pusat.
Sumber Sinar Harian