spot_img
spot_img

Jangan Menipu,Buruk Lagi Padahnya

spot_img

Seorang remaja berumur 19 tahun mendakwa beliau di samun berhadapan sebuah restoran yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC) hari ini.

Menurut remaja tersebut seramai 8 orang yang terlibat menyamun beliau dan mengakibat kan beliau kehilangan barang berharga termasuk dompet beliau turut diambil.

Hasil siasatan pegawai polis mengenal pasti ada keraguan terhadap laporan tersebut dan selepas membawa remaja tersebut ke tempat kejadian, polis mendapati ada percanggahan yang berlaku antara laporan yang dibuat berbanding penceritaan semula di tempat kejadian.

- Advertisement -

Selepas disiasat, remaja tersebut mengakui beliau telah membuat laporan palsu ekoran tidak mahu membayar denda atas kehilangan kad pengenalan beliau.

“Kes itu kemudian disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Remaja itu boleh dikenakan hukuman enam bulan penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah,” katanya.

- Advertisement -

Sumber Harian Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img