Mungkin kerana amaran yang diberikan tidak pernah diendahkan, seorang lelaki di Nablus, Palestin mengambil tindakkan untuk membakar imam kerana solat terlalu lama.
Pengawal bangunan tersebut berang kerana beliau sudah memberi amaran berulang kali kepada imam tersebut supaya tidak memanjangkan solat tetapi tidak dihiraukan dan masih melakukan perkara sama.
Kebakaran ketika waktu subuh itu berlaku tetapi berjaya dipadamkan oleh beberapa jemaah.
Imam itu terselamat manakala masjid itu mengalami kerosakan kecil.
Polis yang tiba di tempat kejadian menahan lelaki berusia 50 tahun itu, menurut laporan berkenaan.
Lelaki itu bukan sahaja berdepan tuduhan cuba membunuh, tetapi juga akan didakwa atas tuduhan menyerang tempat ibadah, membakar dan menyebabkan kerosakan.
Sumber Utusan.