Menurut Pentagon harini, Tentera Amerika Syarikat telah menggurkan bom bukan nuklear di Afghanistan dimana ia disasarkan kepada kompleks militan Daesh di Afghanistan.
Presiden Amerika, Donald Trump menyatakan bahawa ia adalah misi yang sangat berjaya.
Bom tersebut digugurkan pada 7.32 petang ke terowong Di Achin dalam wilayah Nangarhar.
“GBU-43/B adalah bom terbesar bukan nuklear yang pernah digunakan dalam pertempuran,” kata Jurucakap Tentera Udara, Kolonel Pat Ryder.
Jurucakap Pentagon, Adam Stump berkata, bom itu dihantar melalui pesawat pengangkutan MC-130.