spot_img
spot_img

Rakyat Diyakini Kekal Bersama Najib

spot_img

Shah Alam-Ketua UMNO Bahagian Cheras Dato Seri Syed Ali AL-Habshee menyatakan pentadbiran yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak kini diyakini akan terus diberi mandat oleh rakyat pada PRU akan datang.

Walaupun banyak pengkritik politik dan pihak pembangkang meramalkan pemerintahan Najib Razak akan berakhir menjelang PRU depan, tapi tidak bermakna UMNO akan tumbang pada PRU akan datang.

“Saya yakin pentadbiran Najib akan terus kekal walaupun pembangkang mengandaikan Umno dan BN akan hilang sokongan rakyat,” katanya yang dipetik menerusi blog Umno Bahagian Cheras.

- Advertisement -

tambahnya lagi, sudah menjadi kebiasan pihak pembangkang akan mengutarakan isu dimana undian terhadap UMNO dan Najib Razak menjadi kurang popular dikalangan rakyat.

jelasnya lagi, isu isu berbentuk sentimen seperti kenaikkan harga minyak, kos sara hidup serta isu berulang seperti 1MDB menjadi sasaran oleh pihak pembangkang sebagai kempen melemahkan pentadbiran Najib.

Pada PRU13 lalu, BN berjaya meneruskan pemerintahan di peringkat pusat dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen – menambah sembilan kerusi berbanding PRU12.

Daripada 89 kerusi itu, Pas memperoleh 21 kerusi, PKR (30) manakala DAP 38.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada PRU13.

Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala PR (yang hanya dibentuk selepas 8 Mac 2008), menguasai 82 kerusi.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img