Sekiranya kita masih bersekolah, berapa ramai daripada kita yang meminati subjek SEJARAH?. Subjek yang dikategorikan sebagai yang paling bosan dan tidak menarik melainkan kalau semenjak tingkatan satu anda teringin sangat nak jadi peguam. Sejarah akan dicuba untuk diminati walaupun kena hafal separuh mati.
Namun, anak muda kini pastinya kurang “familiar” terhadap satu detik sejarah bagi Malaysia yang telah membuatkan pihak british terpaksa “tunduk hormat” dengan sebuah negara kecil di Asia Tenggara.
THE GREAT DAWN RAID/ PROJEK SERBUAN SUBUH
Bagi memudahkan sesi pemahaman bagaimana kehebatan ini berlaku, Tularr.com akan bercerita melalui 4 kata kunci. Ini akan mengurangkan sedikit rasa bosan anda nak baca sejarah HEBAT ini.
1. PUNCA IDEA PROJEK SERBUAN SUBUH
Perkara yang paling memalukan adalah walaupun kita sudah lebih 20 tahun merdeka ketika itu, 60 peratus tanah di Malaysia masih lagi milik British. Tanah itu adalah Guthrie, Sime Derby dan Juga Golden Hope dimana ia sememangnya menjadi hak milik negara suatu ketika dulu. Hasil daripada penjajahan, ia telah menjadi milik syarikat british dan jugak pelabur luar negara. Perkara ini yang membuatkan pihak British berasa begitu angkuh dan merasakan mereka masih menjajah tanah melayu.
Orang melayu ketika itu ditekan dengan keadaan ekonomi kerana roh dasar Pecah dan Perintah masih belum meninggalkan jasad Malaysia sepenuhnya. Ditambah dengan pemilikan tanah yang terhad, orang melayu masih terlalu jauh dalam menguasai ekonomi ketika itu. Sehinggalah ia mewujudkan pelbagai masalah kaum disebabkan isu kemiskinan yang begitu sensitif sering dimainkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Masalah pemilikkan tanah ini telah cuba diselesaikan oleh Perdana-Perdana menteri sebelum ini sehinggakan Dasar Ekonomi Baru diwujudkan yang dilihat bersifat serampang dua mata dimana ekonomi orang melayu menjadi objektif utama.
Isu pemilikkan tidak pernah selesai dek kerana perangai pegawai dan pemilik tanah tersebut yang suka melengah lengahkan pengurusan dan meletakkan harga yang tidak munasabah terhadap harga tanah tersebut.
2. SIAPA YANG TERLIBAT?
Individu yang mengetuai Projek ini adalah Perdana Menteri Ke-4 Malaysia ketika itu iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad. Meskipun baru memegang tampuk pemerintahan selama 2 bulan, beliau sudah mula mengorak langkah dalam mencatur kemajuan ekonomi negara Malaysia.
Dikenali sebagai seorang yang tidak merokok, tidak meminum arak, dan juga tidak meminati sukan golf. Tun Mahathir ketika itu begitu komited dan idea ini dicetuskan oleh abang ipar beliau sendiri, Ismail Ali.
Bagi memastikan Projek Ini Berjaya, gabungan anak-anak melayu professional dibentuk dan ditempatkan dia tiga buah negara secara senyap. 7 september 1981 menjadi tarikh keramat dan 3 negara iaitu Singapura, Malaysia dan London menjadi saksi akan pembelian tersembunyi paling bersejarah ketika.
Pengurus pelaburan PNB ketika itu, Khalid Ibrahim ditugaskan di Malaysia, manakala Ismail Ali diarahkan ke Singapura. Sementara itu Ghafar Baba berada di London bersama broker dan wakil pembelian saham dan semua hanya menunggu “lampu hijau” daripada Malaysia.
3. BAGAIMANA MALAYSIA LAKUKAN?
Projek ini menjadi terlalu rahsia kerana sekiranya ada tali barut atau pengkhianat yang membawa mulut, saham Guthrie, Golden Hope dan Sime Derby akan melambung tinggi. Pegawai Guthrie juga akan mewujudkan pengawasan sekuriti yg lebih ketat sekiranya mereka mendapat tahu. Kerana itu, walaupun didalam Malaysia, hanya orang yang terlibat sahaja mengetahui tentang serangan rahsia ini.
Serangan ini perlulah dibuat sebelum Bursa Saham London dibuka pada waktu pagi dan kita hanya memiliki masa yang sangat terhad untuk membeli saham saham yang berada di Malaysia,Singapura dan London pada waktu yang sama.
Dari sudut kewangan, sememangnya duit kerajaan Malaysia tidak cukup untuk membeli saham saham Guthrie, Sime Derby dan Golden Hope ketika itu. Rahsianya adalah, Amanah Saham Negara(ASN). 4 bulan sebelum serangan, Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu amanah saham untuk orang melayu iaitu ASN dan ia hanya mempunyai satu tujuan ketika itu iaitu MENGUMPUL DANA.
Maksudnya, Projek Serangan Subuh ini sebenarnya turut menjadi jasa terbesar nenek moyang kita suatu ketika dulu dalam memalukan kerajaan British. Hebat kan nenek moyang kita?
4. EGO KERAJAAN BRITISH ROBOH
Dengan keberjayaan mengumpul hampir 200juta dolar ketika itu, pembelian saham di tiga buah negara hanya berlaku selama 4 JAM sahaja. Pada lewat tengah hari waktu London, malaysia telah memegang saham Guthrie sebanyak 50.41% dan ia tidak disedari oleh Pengurusan Guthrie sehinggalah Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.
Perkara ini telah mengundang kemarahan pemerintah kota London dan London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.
Tun Mahathir ketika itu tidak rasa gentar dengan perbuatan Kota London malah mencabar kembali dengan mengadakan kempen “Buy British Last” dan seterusnya melancarkan dasar Pandang Ke Timur. Ini membuktikan Malaysia tidak pernah gentar kepada satu kerajaan besar seperti British ketika itu.
Ini MALAYSIA
Sejarah ini seharusnya diingati oleh setiap anak muda Malaysia kerana kita bukan bangsa yang lemah walaupun kita pernah dijajah lebih 200tahun lamanya. Selagi Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, tiada sebarang kuasa luar yang boleh menyentuh kita. Kerana itu setiap daripada kita perlu menjaga kedaulatan negara Malaysia dan jangan sesekali melepaskan apa yang telah nenek moyang kita perjuangkan.
Presiden Indonesia, Sukarno pernah berkata:
“berikan aku 10 orang muda, akan ku bisa menggegar dunia”
telah dibuktikan oleh Tun Mahathir, Pemimpin yang dihormati dunia dan pemimpin yang membuktikan bahawa anak melayu juga bukan biasa-biasa.