spot_img
spot_img

Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat

spot_img

Hujan lebat yang melanda ibu negara petang tadi menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota mengalami banjir kilat.

Ketua Pengurusan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata jalan berkenaan ialah Jalan Kuching, Jalan Sentul, Jalan Genting Klang, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak serta Jalan Loke Yew.

Turut terjejas, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Bukit Bintang, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Maarof, Taman Melati, Sungai Besi, Brickfields, Batu Muda Tambahan, Wangsa Maju, Jalan Semantan dan Jalan Tuanku Abd Halim.

- Advertisement -

Samsol Maarif berkata hujan lebat pada 5.30 petang tadi menyebabkan limpahan air dari saluran longkang akibat tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

“Kawasan yang dinaiki air adalah kawasan rendah dan pihak bomba telah menempatkan 11 pegawai dan anggota untuk bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Setakat ini, keadaan trafik di sekitar ibu negara masih terkawal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

- Advertisement -

Sementara itu, beliau berkata terdapat sebatang pokok tumbang di Batu Muda Tambahan yang menghalang lorong utama dari pusat bandar ke kawasan kediaman itu.

“Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan dan jalan itu boleh digunakan sepenuhnya kira-kira 8 malam,” katanya.

Kredit : Bernama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img