spot_img
spot_img

Jamal Beserta 9 Orang Didakwa Merusuh

spot_img

Insiden Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditumbuk hidung sehingga berdarah di Pusat Membeli Belah Ampang Point pasti diingati oleh rakyat Malaysia sehingga kini.

Perkara ini berlaku apabila beliau bersama Geng Baju Merah menyerang dan memprovokasi Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin yang sedang mempromosi Bersih ketika itu.

Hari ini di Mahkamah Seksyen Ampang, Jamal Yunos berserta 9 orang yang terlibat bersama “baju merah” didakwa atas kesalahan merusuh dan semua mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

- Advertisement -

Selain Jamal, yang lain adalah Reza Jamin, Ariffin Abu Bakar, Mohd Shabudin Abu Hassan, Izzrul Idris, Hasannen Zikri Harizan, Mohd Faiz Amirul Mahsan, Mohd Yusoff Mohd Sharif, Abd Razak Hassan dan R Balaguru.

https://youtu.be/mRBTGPVCYoQ

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

- Advertisement -

Semua mereka juga menghadapi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana melakukan provokasi yang boleh mengugat keamanan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM100.

Semua mereka bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan meminta supaya dibicarakan.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap mereka. Hakim juga menetapkan 3 Mei untuk sebutan seterusnya.

Sumber Malaysia Kini.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img