Filem Fast and Furious 8 bakal menemui penonton seluruh dunia pada 13 April ini. Orang yang paling terasa dengan kehilangan Paul Walker tentu sekali Vin Diesel. Paul Walker bukan sahaja sahabat baik di dalam filem tersebut bahkan sahabat baik di luar set.
Vin Diesel mengaku yang dia menangis ketika melakukan penggambaran Fast and Furious 8 kerana terkenangkan dan rindukan Paul Walker. Terlalu sukar buat Vin Diesel, 49 untuk melupakan mendiang sahabat baiknya itu.
“Saya tak pernah melakukan babak aktiviti barbeku ketika dipenghujung cerita tanpa Paul Walker dan itu membuatkan saya berasa begitu sebak sehingga mengalirkan air mata.
“Setiap kali saya melakonkan babak tersebut, perkara pertama yang saya akan tanya adalah di mana Paul akan duduk? Di mana Brian akan duduk?.
“Apabila sedar aksi itu tidak lagi memerlukan pertanyaan tersebut, saya terus menangis dan terpaksa keluar daripada set penggambaran untuk menenangkan diri.
“Itulah satu-satunya masa yang saya rasa tidak cukup kuat untuk sembunyikan emosi saya terhadap Paul walker,” katanya.
Sumber: Astro Gempak