spot_img
spot_img

Sara Ali Nafi Buka Tudung Untuk Tujuan Berlakon

spot_img

Seminggu selepas tercetus kontroversi membuka tudung, pelakon, Sara Ali, 27, akhirnya tampil mengakui tindakannya itu berpunca daripada dirinya sendiri yang berdepan konflik dalaman.

Memetik laporan BH online, Sara berkata, mengakui segala kesilapan adalah daripada dirinya sendiri.

Jelasnya, keputusan untuk bertudung pada Januari tahun lalu didorong beberapa faktor yang enggan didedahkan.

- Advertisement -

“Keputusan itu saya lakukan tanpa berfikir panjang. Pada masa sama, tindakan membuka tudung ini bukanlah didorong keinginan untuk berlakon semula ataupun saya tidak mendapat sebarang tawaran kerja ketika berhijab.

“Saya masih menerima undangan berlakon, cuma menolaknya dengan cara baik selain memilih karakter yang sesuai,” katanya.

Sara berkata, selepas memutuskan untuk berhijab, beliau sedar ia dilakukan bukan atas niat yang betul.

- Advertisement -

“Saya ingat saya sudah bijak, tetapi sebenarnya saya masih bodoh,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Sara dikatakan membuka tudung selepas lebih setahun mengenakan imej berkenaan apabila gambarnya tidak berhijab bersama seorang lelaki ketika berada di Shanghai, China, tersebar di alam maya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img