spot_img
spot_img

RM 1 Juta Untuk Ahli UMNO Yang Bertuah.

spot_img

Sempenan Sambutan Hari UMNO yang ke-71, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh telah mengumumkan bahawa hadiah yang berjumlah RM 1 Juta bakal dimiliki oleh sesiapa sahaja dalam cabutan bertuah yang akan berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 Mei ini.

Tambahnya lagi, bagi melayakkan setiap ahli untuk menyertai cabutan bertuah ini, mereka perlu untuk berdaftar untuk hadir ke program berkenaan melalui applikasi Malaysia4All.

Rauf berkata, hadiah terbabit antaranya tujuh kereta termasuk Proton Perdana, Persona, Preve, Suprima, Saga, Iriz dan Perodua Myvi serta 10 motosikal.

- Advertisement -

Beliau berkata, hadiah cabutan bertuah terbuka luas kepada ahli dengan syarat mereka perlu hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda kesatuan untuk bersama merayakan sambutan ulang tahun ke-71 UMNO membina negara selain menghargai peranan ahli dalam menghayati perjuangan parti.

Katanya, pendaftaran untuk cabutan bertuah dibuka sehingga 10 Mei ini.

- Advertisement -

“Bagi menjaga ketelusan, cabutan bertuah akan dikawal selia audit antarabangsa bagi memastikan ia dilaksana menerusi sistem yang lebih telus dan saksama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Sambutan Hari UMNO Ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di KUALA LUMPUR pada Selasa.

Abd Rauf berkata, UMNO juga menganjurkan pertandingan esei dan video Hari UMNO 71 bertemakan ‘Tujuh Dekad Membangunkan Negara Bangsa’ yang menyediakan hadiah lumayan bagi kategori penulisan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta video pendek.

Pemenang pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 bersama hadiah iringan, manakala RM3,000 dan hadiah iringan (pemenang kedua) dan RM2,000 dan hadiah iringan (ketiga).

Pertandingan itu terbuka kepada warga Malaysia berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh penyertaan iaitu sebelum jam 5 petang pada 8 Mei ini.

Setiap esei tidak melebihi 1,500 patah perkataan bagi kedua-dua kategori dan perlu dihantar melalui emel di laman sesawang eseiumno71@gmail.com, manakala video berdurasi tidak melebihi tiga minit.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img