spot_img
spot_img

Pua Tidak Gentar Tuntutan PM Malaysia.

spot_img

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah diberikan surat tuntutan daripada Datuk Sri Najib Razak melalui peguam nya Hafarizam Harun.

Tuntutan tersebut ekoran video klip yang dikeluarkan oleh Pua pada 6 April lepas yang berunsurkan fitnah terhadap anak guam beliau.

Video klip tersebut dikeluarkan susulan dari pembentangan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 oleh Presiden Pas, Datuk Sri Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Menurut Hafarizam, video klip berkenaan membayangkan anak guamnya mencuri dan menyalahgunakan kuasa.

“Bertentangan dengan kenyataan fitnah anda di atas, anak guam kami bukan kleptokrat zalim dan menindas serta tidak menjauhi kritikan, juga bukan seorang pemimpin yang terlibat dalam amalan rasuah atau pemimpin yang mencuri wang rakyat.

- Advertisement -

“Oleh itu, dakwaan sama sekali tidak berasas dan palsu anda bertujuan untuk memperkecilkan kedudukan politik yang tinggi anak guam kami, nama baiknya yang besar di dalam dan luar negara, serta mencacatkan prestasinya.

“Dengan berbuat demikian, anda telah bertindak dengan niat jahat dengan sengaja,” kata Hafarizam.

Tambahnya lagi, kegagalan Pua memohon maaf dan menarik balik klip tersebut akan membawa kepada prosedur perundangan.

Menurut Tony Pua pula, beliau tidak akan menarik kembali video klip dan kenyataan beliau.

“Bukti yang dikemukakan sama dengan keterangan yang saya kemukakan terhadap Najib,” katanya.

Pada 6 April, satu video klip dari Tony Pua menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Putrajaya membuat duluan dengan membenarkan usul Abdul Hadi dibentangkan ketika kerusi parti itu lebih rendah berbanding DAP atau PKR.

Kenyataan yang sama dilakukan oleh Tony Pua pada tahun 2015 menyebabkan saman fitnah telah difailkan oleh Najib Razak dan sehingga kini ia masih didalam perbicaraan.

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img