spot_img
spot_img

PAS Dan PKR : Berakhirnya Sebuah Persahabatan

spot_img

Bermula dari Barisan Alternatif sehingga Pakatan Harapan, PAS dan PKR dilihat sangat membantu antara satu sama lain dalam melawan kerajaan dan bergerak sebagai satu pakatan yang kuat. Malangnya hubungan ini berakhir apabila Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata tentang sikap PKR yang jelas menjadikan Pas sebagai ‘anak tangga’ untuk memastikan parti mereka mengorak langkah lebih cepat dalam politik negara.

Sikap PKR yang tidak menghormati Presiden Pas, Datuk Sri Haji Abdul Hadi Awang sejak kebelakangan ini menunjukkan sesuatu yang amat keterlaluan dan menyebabkan beberapa PAS kawasan termasuklah negeri Terengganu sendiri mengusulkan untuk menamatkan persahabatan bersama PKR.

Tambahnya lagi, mungkin PKR sudah lupa tentang jasa jentera PAS yang membantu mereka dalam mendepani pilihanraya sebelum ini dan memastikan calon PKR menang ketika pilihanraya yang lepas.

- Advertisement -

“Hubungan Pas dengan PKR Terengganu berakhir. Tiada lagi senda gurau malah tiada lagi harapan bersama. Cukuplah dengan kelakuan aneh sejak kita bertahalluf,”- Hanafiah Mat.

Hanafiah Mat juga memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha III Pas Terengganu turut menyokong kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat sebelum ini yang menekankan Pas akan bertanding di seluruh kerusi terengganu pada PRU akan datang.

- Advertisement -

“Pas Terengganu sedang menggenggam erat bahawa Pas akan bertanding di 32 kerusi Dun dan lapan Parlimen secara bersendirian. Pas sudah berada di arena politik sejak PRU1 hingga PRU13.

“Pahit maung Pas galas bersama. Meski pun kalah setiap pilihan raya namun Pas tetap menjuarai demokrasi. Pas tidak mengamuk, Pas tetap menunggu pilihan raya akan datang,” katanya.

Sumber Sinar Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img