spot_img
spot_img

Mungkin Itu Sekadar Gurauan Cuepacs

spot_img

Cadangan Cuepacs baru-baru ini berkenaan had umur persaraan perlu dinaikkan ke 65 tahun mungkin sekadar gurauan. Kerajaan Persekutuaun perlu membuat penilaian sewajarnya terhadap cadangan tersebut.

Kekesalan diluahkan oleh Ketua Pemuda Umno Bandar Bukit Jalil, Datuk Aliff Tafid berkaitan isu ini kerana Cuepacs hanya mainkan isu yang sama saban tahun tetapi berkaitan kenaikan gaji penjawat awam tidak pula diketengahkan.

Kredit Sinar Harian

“Dengan situasi ekonomi hari ini, Cuepacs sepatutnya membuat cadangan dengan meringan dan memudahkan lagi beban kakitangan awam.

- Advertisement -

“Bagi saya, Cuepacs harus mengkaji dan faham sepenuhnya. Bukan majoriti yang boleh kerja sehingga 65 tahun, cukup sekadar 50 tahun atau maksimum 55 tahun tempoh had bagi kakitangan awam untuk berkhidmat.

“Pekerja yang berumur 65 tahun ini kudrat atau cara kerjanya bukan seperti orang yang umurnya 23 tahun,” Katanya.

Tambahnya lagi, disebabkan perkara ini, seolah olah kerjaan hanya membayar gaji buta kepada penjawat awam tersebut.

- Advertisement -

Cadangan beliau untuk naikkan sahaja gaji kakitangan kerajaan sebelum mereka berusia 50-55 tahun. Ini kerana umur 60 tahun keatas bukan masanya itu golongan ini terus bekerja. Ia adalah masa bagi mereka untuk bersama keluarga tersayang dan menghabiskan masa-masa mereka dirumah.

“Kerajaan harus ingat, pilihanraya sudah semakin hampir. Perkara ini adalah salah satu produk utama BN bagi memikat hati kakitangan awam untuk menang pada PRU14 akan datang,” katanya.

Sumber Sinar Harian

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img