Di kuala Lumpur harini polis telah mengesahkan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa iaitu Peter Chong, 54 yang dikhabarkan hilang kononnya diculik sebenarnya dikesan memasuki sempadan pada 6.30 pagi Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dia (Chong) memasuki sempadan dengan menaiki bas.
“Kita dapat gambar dia memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam menaiki bas. Kita tak tahu apa niat dia, apa tujuan dia menghilangkan diri ke sana dan membuatkan perkara ini seolah-olah dia diculik.
Saya bagi amaran usah cuba mengelirukan orang ramai dengan sengaja hendak timbulkan rasa gelisah rakyat kita, jadi, dia ni sebenarnya keluar negara tanpa tahu apa sebabnya”. Katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di Bukit Aman, hari ini.
Selain itu, Pihak Polis Thailand juga turut bekerjasama dengan Malaysia dalam mengesan Chong dan sehingga kini masih belum mendapat sebarang rekod yang mengatakan Chong sudah kembali ke Malaysia.
Tambahannya, ” saya berharap dia berhubung dengan saudara-mara dia apa sebab dia lari ke sana, melainkan jika dia sengaja untuk timbulkan keadaan untuk mengelirukan kita, dia perlu bersedia untuk tindakan kita”.
Keadaan gempar di Malaysia apabila kehilangan 5 orang yang dikatakan telah diculik baru-baru ini dinafikan oleh Ketua Polis Negara itu sendiri. Selain Chong yang melarikan diri ke negara jiran, Aktivis Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis,Amri Che Mat, 43, pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH). Manakala pastor Raymond Koh, 62, dapati dilarikan.
“Kita akan teruskan siasatan. Saya beri amaran kepada mereka yang cuba mengelirukan orang ramai tentang penculikan ini kerana tenyata ia adalah tidak benar”.