Kekesalan yang diluahkan oleh Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad terhadap pendakwaan ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali apabila ahli parlimen tersebut mengatakan penganjuran ‘Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat’ seolah-olah mendapat restu Nik Aziz.
perkara ini dinafikan sama sekali oleh Dr. Zulkifli di Shah Alam. Beliau menegaskan bahawa seminar ini hanya untuk menekuni dan merakamkan keunikan jalur pemikiran bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik dalam mengemudi pelbagai cabaran kerencaman masyarakat majmuk.
Tambahan beliau lagi, tujuan seminar yang diadakan oleh pihaknya kelmarin adalah untuk mendepani cabaran dengan Kerajaan Persekutuan yang amat mencemburui usia pentadbiran dan kerajaan Allahyarham.
“Khairuddin terlupa segala tuduhan,penipuan, cerita rekaan dan pembohongan yang dimaksudkan adalah juga disaksikan dan didengari puluhan ribu penonton. Tidak semudah itu untuk beliau seorang sahaja yang menjadi pendakwa sekaligus hakim.
Ramai juga mendapat pencerahan dari seminar yang dibentang oleh mereka yang pernah bersama Tuan Guru dari pelbagai sisi dan latar-belakang,” jelasnya.
Dakwaan Mohd Khairuddin susulan seminar yang dijalankan oleh AMANAH seolah olah memanipulasi Nik Aziz yang sudah tiada di dunia ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu turut menjelaskan Nik Aziz sama sekali tidak ada kaitan dengan AMANAH dan setia bersama PAS hingga ke hujung hayat beliau.
Sumber Sinar Harian