spot_img
spot_img

Penentuan Harga Minyak Secara Mingguan: Inisiatif Lewat Tetapi Bijak

spot_img

Malaysia dikenali sebagai salah satu negara pengeluar minyak terbaik mutunya di dunia. Namun senario industri petroleum berubah apabila pada tahun 2014, negara Malaysia telah menjadi “net importer” untuk petroleum. Keadaan ini boleh ditafsirkan kepada dua, sama ada petroleum kita semakin berkurang atau pihak kerajaan mahukan sesuatu yang lebih daripada rakyat.

Semenjak itu, lambungan harga minyak berlaku saban tahun, saban penggal, sehinggakan saban bulan pun kita boleh menyaksikan kenaikkan harga minyak ini.

 

- Advertisement -

Ada yang dah menduga, ada juga yang tertawa gila. Kenaikkan harga minyak ini bukan satu-satu nya isu bagi rakyat malaysia. Isu utama apabila ia menjadi paksi kepada semua industri dalam negara. Analisis mudah orang tua di warung kopi mak dara, apabila harga minya naik, harga barang turut mencanak. Tambang pengangkutan awam, harga tol, waima tempat letak kereta sekalipun pasti akan mengikuti rapat hanya disebabkan naik nya harga ‘emas hitam’ ini.

Tampil satu cadangan baru oleh Kerajaan Malaysia. Harga minyak akan bertukar setiap minggu. Menarik. Ini kerana,harga minyak sebelum ini ditentukan mengikut bulan. Kelemahanya adalah, apabila jatuh harga minyak ditengah bulan, harga yang sama masih dikenakan oleh syarikat minyak tersebut. Dengan metod penentuan harga minyak setiap minggu ini, harapan nya rakyat Malaysia tidak terbeban dan ada strategi menyimpan pada jangka masa panjang.

Analisis kesan penentuan harga minyak setiap minggu tidak boleh difokuskan kepada pengguna semata mata. Kerana ia melibatkan hampir setiap komponen didalam malaysia.

- Advertisement -

 

PENGGUNA

Kesan penentuan harga minyak setiap minggu kepada golongan ini sememangnya jelas dapat menjimat kan wang dan boleh mewujudkan satu sistem simpanan yang lebih menarik kepada pengguna. Cuma bagi segelintir masyarakat yang ‘budaya’ nya membawa duit cukup-cukup untuk mengisi petrol ini akan terkesan sedikit. Mungkin selepas ini mereka terpaksa standby sekupang dua.

Dalam kos sara hidup, golongan pegguna ni ini akan menjadi lebih tenang kerana seperti yang ditulis sejak mula, ‘emas hitam’ atau petroleum ini memainkan peranan yang besar dalam menentukan harga barangan sehinggkan harga sebiji karipap pun akan terkena bias nya. Kelebihan apabila penentuan harga secara mingguan ini dilaksanakan, ia menekan sedikit industri barangan kerana penentuan harga barangan sudah tidak boleh dimalarkan dengan harga minyak lagi disebabkan setiap minggu harga akan pasti berubah. Penat juga kepala Pengarah Urusan sesebuah syarikat hendak mengkaji harga barangan mereka setiap minggu. Letih juga mulut peruncit untuk menjawab kenapa setiap minggu harga barang berubah-ubah.

Oleh itu, rakyat Malaysia sudah tidak perlu lagi berpegang terhadap pepatah “bila minyak naik,semua pun ikut naik”.

 

PENIAGA

Bagi golongan yang mempunyai perniagaan khususnya dalam bidang servis seperti pemilik teksi dan bus. Kesukaran utama bagi mereka adalah menentukan harga tambang kerana segala aktiviti perniagaan bagi golongan ini adalah bersumberkan petrol/diesel. Sekiranya penentuan harga minyak setiap minggu berlaku, maka golongan ini pastinya akan berdoa bersungguh sungguh setiap hari supaya harga minyak akan jatuh. Dan mengeluh sepanjang minggu apabila harga minyak naik pada minggu tersebut.

Bagi pemilik stesen minyak pula, akan berlaku dua kemungkinan. Sama ada mereka sama sama untung seorang sedikit, atau sudah tiba masanya untuk menyerlah kembali. Setiap syarikat petrol atau stesen minyak di Malaysia mempunyai teknik tersendiri dalam menarik pelanggan. Dari sistem mata bonus sehinggalah kebersihan tandas menjadi kekuatan dalam pemasaran.

Seperti contoh kekuatan stesen minyak Petronas adalah terdapat dibanyak lokasi dan mempunyai banyak pilihan yang lebih ‘mesra’ pengguna seperti penjualan kuih muih tradisional dan nasi lemak. Bagi Shell pula, pengenalan ‘Deli 2 Go’ sangat memberi impak terhadap syarikat tersebut. Untuk tandas yang lebih kondusif, selamat, dan kadangkala berpenghawa dingin, Petron akan menjadi pilihan pelanggan. Semua ini hanya akan menjadi faktor tambahan apabila berlakunya penentuan harga minyak secara mingguan.

Sekiranya setiap syarikat minyak ingin meneruskan prinsip sama sama untung seorang sedikit, mereka akan menggunakan harga siling yang dikeluarkan setiap minggu sebagai harga minyak di stesen mereka. Dalam erti kata lain,Rakyat Malaysia isi sahaja di mana mana stesen sekalipun yang mereka kehendaki, untungnya sama sahaja kerana harga minyak semua sama. Apabila semua syarikat melakukan perkara yang sama, untung dan rugi turut ditanggung bersama dan malangnya syarikat seperti Petron hanya mengharapkan pelanggan yang inginkan tandas yang kondusif sahaja akan datang ke stesen minyak mereka.

Sekiranya setiap syarikat minyak berfikir sebaliknya, sudah tiba masanya bagi syarikat atau stesen stesen minyak yang hidup segan mati tak mahu untuk menyerlah semula. Mainan harga siapa lebih murah, pakej isian dan diskaun terhadap ahli akan mula dilakukan secara besar besaran. Konsep “siapa tawar lebih,dia dapat lebih” akan menjadi pegangan bagi setiap stesen minyak. Konsep ini telah terbukti dia Malaysia dengan melihat persaingan diantara pasaraya besar di malaysia, Walaupun Giant turut menawarkan harga murah, tetapi Tesco yang mendahului hanya disebabkan tempat letak kereta percuma disediakan.

 

Tuntas, apa yang dilakukan oleh Kerajaan sepatutnya dilakukan seawal kita menjadi “net importer” pada tahun 2014. Pada saat itu, pergantungan terhadap harga minyak dunia sudah dapat kita rasa dan Australia juga telah jalankan mekanisma yang sama. Kenapa kita masih kekalkan corak sistem yang sedia ada?Kini, apa yang naik, sudah tidak akan turun. Semoga yang ada, boleh kita kekalkan. Biarlah orang kata sudah terhantuk,baru terngadah. Daripada terhantuk banyak kali, tidak juga terngadah, itu yang paling perlu dikesali.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img