Kementerian Kewangan ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk mengurus pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi. Kementerian ini turut bertanggungjawab dalam pembahagian kekayaan negara yang saksama antara rakyat. Tanggunggjawab mengurus ini sudah semestinya akan terletak di pundak seorang Menteri yang digelar sebagai Menteri Kewangan. Ini ialah jawatan politik tertinggi didalam Kementerian Kewangan Malaysia.
Disebabkan besarnya pengaruh “kuasa” ini, belum pernah lagi wujud di Malaysia dimana seorang Perdana Menteri, turut memegang portfolio Menteri Kewangan dalam tempoh masa yang lama. Pastinya ia akan menimbulkan persoalan di setiap pemikiran masyarakat tentang mengapa perkara ini berlaku sehingga kini.
Situasi memegang jawatan dua portfolio yang paling berkuasa ini hanya berlaku di dua era pemerintahan iaitu ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kini dibawah pemerintahan Datuk Sri Najib. Adakah ia mekanisma yang sama dipakai semula atau ia dianggap “success patern” oleh Datuk Seri Najib Razak.
Bagi menjawab persoalan ini, wakil Tularr.com sendiri membuat satu temubual ekslusif bagi mencari jawapan dan pandangan Tun Mahathir sendiri dalam melihat isu ini.
https://www.facebook.com/tularrOfficial/videos/264022487401198/
CONFLICT OF INTEREST.
Apabila seorang Perdana Menteri menginginkan pendapat atau pandangan tentang corak pengagihan, keuntungan dan pelaburan negara, individu PERTAMA yang beliau akan berjumpa adalah Menteri Kewangan. Itu sifir mudah. Ironinya, Menteri Kewangan adalah orang yang sama dengan Perdana Menteri, logik ringkas nya, adakah kemungkinan besar PM bermonolog dengan diri sendiri?
Ini metafora yang boleh digambarkan bagaimana ‘conflict of interest’ akan berlaku sekiranya seorang Perdana Menteri turut memegang portfolio Menteri Kewangan dalam satu masa yang sama.
Tun Mahathir sendiri merasakan “conflict of interest” akan wujud sekiranya jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipegang dalam satu masa yang sama lebih-lebih lagi dalam tempoh jangka masa yang lama.
Ada beberapa contoh pemimpin luar yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan lalu terlibat dengan skandal penyelewengan serta rasuah dalam jumlah yang besar. Bekas menteri kewangan Filipina contohnya telah menjalankan “ghost project” dan penyelewangan sebanyak 36 Juta Dolar Yang bersamaan hampir 2.5 billion ringgit. Juga skandal penyelewangan terbesar oleh bekas menteri kewangan Sudan melalui projek minyak di negara tersebut yang menyebabkan 1.2 billion USD masuk kedalam poket beliau. Ini adalah contoh bagaiman mudahnya seorang yang bergelar menteri kewangan dalam melakukan penyelewengan kerana “kuasa” mengurus kekayaan negara terletak ditangan mereka. Jelas ia akan menjadi “conflict of interest” apabila kuasa menteri kewangan ini digabungkan bersama jawata Perdana Menteri dan hasilnya boleh menjadi lebih dari itu.
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
“Kalau kita membuat semakan yang benar, saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, berapa lama saya menjadi Menteri Kewangan?”- Tun M.
Apabila ditelusuri kembali sejarah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri yang pertama memegang dua portfolio yang bekuasa ini. Pada tahun 1998-1999 dan ketika pada tahun 2001-2003. Keadaan ini menunjukkan tempoh paling lama Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Kewangan hanyalah kurang dari 3 tahun.
Dalam temubual tersebut, berulang kali Tun sendiri menegaskan alasan utama beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan adalah hanya menunggu seseorang yang FAHAM tentang ekonomi dan LAYAK memegang jawatan politik tertinggi di Kementerian Kewangan itu.
Contoh yang diberikan oleh Tun Mahtahir sendiri apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari portfolio Menteri Kewangan, beliau memerlukan pengganti dan tidak membuat sebarang pemilihan melulu. Dalam tempoh satu tahun, Tun Daim dilantik menggantikan portfolio tersebut.
“Jangan samakan saya dengan Najib Razak kerana beliau tidak pernah melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan sepanjang pemerintahan beliau”-Tun M.
Menyentuh juga berkenaan “Gerry Mandering” atau manipulasi persempadanan untuk memberi kelebihan ketika proses pilihanraya, Tun Mahtahir merasakan ini adalah satu cara yang kotor dan tidak halal dimana ia bertujuan untuk mengasingkan pengundi mengikut bangsa supaya lebih senang melakukan sesi rasuah secara terbuka.
Tambahan beliau, ini sudah boleh dilihat pada pilihanraya kecil yang berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dimana hasil “Gerry Madering” ini telah memberi peluang kepada Kerajaan untuk merasuah masyarakat secara terbuka.
Masyarakat Malaysia seharusnya lebih sedar dan sentiasa berfikir dengan lebih rasional berkenaan perkara ini kerana hala tuju negara Malaysia untuk mencapai negara maju aku terus ditangguhkan. Ini hanya disebabkan sikap sesetengah pemerintah yang terlupa kepada siapa mereka perlu berbakti dan berjasa dan mungkin juga terlupa yang diatas lebih BERKUASA.