Selama lebih sedekad Malaysia dibawah pemerintahan Barisan Nasional, diakui pelbagai kemajuan dan pembaharuan yang telah dilakukan. Dengan corak pemerintahan yang unik, Malaysia mampu mengharungi cabaran demi cabaran dari segi ekonomi mahupun sosial rakyat.
Namun, barisan politik lawan tidak kurang hebatnya. Berpasak kepada gabungan-gabungan parti yang terbuka kepada semua kaum. Membentuk satu pakatan yang pernah memusnahkan 2/3 majoriti Dewan Parlimen. Melihat ketika tahun 2016, wujud pula satu pakatan baru dari pihak pembangkang yang lebih semangat dan mempunyai kapabiliti untuk membawa Malaysia kearah negara yang maju.
Persoalanya, kenapa terlalu sukar bagi Rakyat Malaysia untuk berubah?
Rakyat Malaysia sudah bijak melihat dan menilai. Tetapi walau banyak mana sekalipun masalah dan kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat, Malaysia masih lagi setia kepada yang sama. Mungkin risiko nya terlalu besar? Atau Rakyat Malaysia tidak berani mengambil risiko?
Risiko itu tidak pernah menjadi masalah, cuma perlu difikirkan sedalam dalam nya sebelum mengambil kerana ia akan menentukan hala tuju Malaysia selepas ini. Seperti menyertai Kejohanan Lumba Kereta F1. Risiko nya memang tinggi, tetapi sekiranya dapat ditangani dengan baik, membawa kereta berkelajuan 300km/jam tidak akan menjadi punca kepada kemalangan mahupun kematian.
RISIKO PEMERINTAHAN
Pengalaman Barisan Nasional dalam memerintah tidak dapat dinafikan lagi. 60 tahun terus survive dalam menangani pelbagai kemelut. Yang menjadi persoalan terbesar oleh rakyat, apabila terlalu banyak ketirisan, pembaziran, dan hutang yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Malah semakin banyak pula isu yang dijawab tidak memenuhi kehendak rakyat. Ini jugak menjadi risiko kepada rakyat. Sekiranya diteruskan pattern atau corak pemerintahan yang sama, Malaysia sebagai negara yang sepatutnya dibanggakan menjadi hina di mata dunia.
Senario di Pihak Pembangkang pula menunjukkan yang mereka juga mampu memerintah dengan baik. Keberjayaan Kerajaan Negeri Kedah dalam mengurangkan jumlah hutang kerajaan negeri, selangor pula stabil dari segi urus tadbir dan cemerlang dalam pertumbuhan ekonomi, kerajaan negeri Pulau Pinang berjaya menunjukkan kesamarataan dan hormat terhadap pemilik tanah ini, membuktikan pembangkang jugak mampu memerintah sekiranya diberikan mandat.
Yang menjadi kerisauan utama rakyat, pengalaman pembangkang dalam memerintah negara. Mampukah pembangkang memerintah SEBUAH negara? Kerisauan ini akan akan terjawab apabila pakatan pembangkang mempunyai SEORANG yang berkarisma dan pembangkang turut membuktikan yang SEORANG itu juga mampu mentadbir sebuah negara malah pernah menjadi yang paling lama berbanding sebelum dan selepasnya.
RISIKO BANGSA
Majoriti rakyat malaysia adalah melayu. Kerajaan kini kuat pun disebabkan bangsa melayu. Susah berubah pun kerana orang melayu. Tetapi rakyat mula menilai apabila melihat suara suara lantang dari pihak pembangkang datang dari bangsa bukan melayu, menjadikan bangsa melayu terus seriau untuk menukar kerajaan.
Ditambah pula momokkan berkenaan negara jiran yang dahulunya didominasi bangsa melayu tetapi kini mengemis di tanah sendiri. Kerisauan ini menjadikan rakyat Malaysia berfikir ia amat berisiko untuk menukar sebuah kerajaan. Namun, andai rakyat Malaysia berfikir dengan lebih dalam dan relevan,apabila melihat di negeri yang dikuasai atau dimenangi oleh pihak pembangkang, sudah tentunya pemerintah negeri tersebut adalah daripada parti yang majoriti nya menang. Tetapi parti tersebut masih lagi dibawah satu pakatan. Di Kedah contoh nya, PAS memenangi majoriti kerusi,lalu Pas yang memerintah. Tapi masih lagi dibawah satu pakatan iaitu Pakatan Rakyat. Begitulah yang selainnya.
Risiko dominasi Bangsa selain melayu akan memerintah negara tidak sesekali akan berlaku kerana malaysia sangat berbeza dengan negara jiran.Di Malaysia, pihak pembangkang menang dengan sebuah pakatan tetapi negara jiran menang dengan satu parti. Disitu pun sudah jauh bezanya.
RISIKO MENTALITI
Sebenarnya,apabila siapa pun yang memerintah, risiko yang terbesar adalah mentaliti rakyat Malaysia itu sendiri. Andai telus seputih air zam zam sekalipun, kalau didoktrin selama 30tahun untuk membenci, pasti dibenci juga. Sebab itu, Rakyat malaysia sudah tiba masanya untuk berfikir, bumi Malaysia ini berharga, unik, dan kaya dari pelbagai aspek. Sayang sekiranya kita sendiri tidak memilih pemerintah yang betul dalam menjaga Khazanah Malaysia ini.Yang memerintah pula perlu faham, tak semua yang dilakukan boleh diterima. Idea pendidikan percuma ditolak mentah-mentah tetapi PTPTN juga dimaki bertempayan. Nampak tak? Inilah rakyat Malaysia.Tiada salah untuk berubah, cuma keperluan mengubah mentaliti rakyat menjadi yang UTAMA sebelum kita mengubah sebuah kerajaan.
Konklusi.
Kalau dibandingkan dengan empayar China, dinasti itu bukan sahaja-sahaja dijatuhkan,tetapi mereka nampak, walaupun republik juga menekan kehidupan, tetap wujudnya sedikit kebaikan. Oleh itu dinasti terus dibiarkan hilang oleh arus zaman.
Kalau dilihat kuasa besar Amerika, sekejap kiri,sekejap kanan. Tapi negara terus maju kehadapan.Itu tanda rakyat percaya terhadap setiap kerajaan,kalau rasa salah buat keputusan, tukar lah kembali penggal hadapan.
Kali terakhir Malaysia bertukar kerajaan ketika 1957, dari zaman kegemilangan lultan kepada sebuah negara Demokrasi Berpelembagaan. Selepas itu? 60 tahun kita dipimpin oleh pihak yang sama,pelbagai perkara sudah kita rasai. Pembangunan yang pesat dan mengagumkan. Tetapi pasti ada kemuncak noktah, yang menjadikan corak pemerintahan sedia ada sudah tidak relevan untuk diguna pakai.
Mungkin ‘Muka Baru’ lebih sesuai. Seperti barunya presiden Canada dalam kerier nya. Risiko tetap ada, tetapi selagi kita ada Perlembagaan Persekutuan. Tukarlah biar selaksa, yang UTAMA sudah pasti terpasak dibumi Malaysia.