spot_imgspot_img

Presiden Amanah Diharap Tepati Janji

Arutchelvan selaku Pemimpin Parti Sosialis Malaysia(PSM) berharap Presiden Amanah, Mohamad Sabu akan menepati janji beliau bagi menghidupkan semula pilihanraya tempatan di negara ini.

Arutchelvan mengakui Mohamad Sabu sebagai “kawan baik”beliau dan berharap prinsip yang diletakkan¬†didalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008 masih dipegang oleh Presiden Parti Amanah tersebut.

Keputusan rasmi Parti Amanah terhadap perkara ini masih lagi belum diputuskan dan tambahan Arutchelvan tujuan pilihan raya ini dibuat bagi mengelakkan masalah nepotisme, pembaziran dan korupsi yang berlaku.

Pilihan Raya Tempatan ini merangkumi pemilihan di semua peringkat kerajaan tempatan, kampung, taman perumahan, JMB, dan sebagainya.

Perkara ini tidak dipersetujuai oleh Tun Mahathir ekoran ia akan membawa kepada masalah perkauman yang serius seandainya pemilihan seperti ini dilakukan.

Arutchelvan berharap prinsip kawan baiknya itu akan terus dipegang sehingga kini.

sumber malaysiakini.

comments

Terkini

spot_img
spot_img