Selepas menjalani olehraga atau berada di cuaca yang terik, badan manusia kebiasaannya akan berpeluh bukan. Tapi mungkin ada yang pernah mengalami bau badan yang tidak disenangi selepas berpeluh.
Namun begitu, langkah mencegah seperti memakai deoderan telah pun diambil tetapi badan masih tetap berbau. Tahukah anda bau badan sebenarnya salah satu cara untuk mengenal pasti kesihatan anda.
Berikut adalah 5 jenis bau badan yang menandakan penyakit serius.
1. Nafas Berbau Seperti Pewarna Kuku adalah Gejala Diabetis
Bau seperti  ini mungkin menunjukan tanda adanya komplikasi diabetis yang ang disebut diabetic ketoacidosis (DKA). DKA terjadi ketika kadar insulin rendah dan gula darah melonjak tinggi.
Komplikasi menyebabkan tubuh tidak dapat membuat energi yang diperlukan untuk melakukan aktiviti sehingga tubuh mulai memecah asam lemak sebagai bahan bakar.
Hasil pemecahan ini menciptakan bahan kimia asam yang disebut keton dalam darah anda. Salah satu jenis asam keton adalah asam aseton (komponen yang sama ditemukan dalam pewarna kuku). Asam aseton inilah yang menyebabkan bau pewarna kuku pada nafas anda.
2. Bau Kaki Adalah Gejala Kaki Atlet
Kaki berkulat  yang biasanya bermula dari jari kaki. Gejalanya adalah kulit di bagian jari kaki menjadi kering, bersisik, kemerahan dan lecet, menurut American Medical Association Podiatric (APMA).
Bau busuk disebabkan oleh kombinasi bakteria dan kuman yang mengikis ke dalam kulit dan jaringan dan kaki anda.
3. Tahi terlalu BerbauÂ
Intoleransi laktosa adalah ketika usus kecil tidak menghasilkan cukup enzim laktasa sehingga anda tidak boleh mencerna laktosa (gula di dalam susu) yang ditemui dalam produk susu.
Hal ini dapat menyebabkan bahan buangan berbau busuk, kembung, dan anda mengeluarkan angin(kentut )  yang menyegat.
Jadi jika anda mengalami gejala ini, cubalah untuk berhenti mengonsumsi susu. Dan jika keadaan berlarutan, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
4. Air Kencing Berabu Gejala Saluran Kencing Tersumbat
Saluran kencing yang dijangkiti akan menghasilkan urin berbau seperti bau bahan kimia.
Perkara ini terjadi kerana bakteria. Umumnya disebabkan bakteri E. coli, dijangkiti melalui saluran kencing.
5. Nafas Berbau Kerana Gejala Sleep Anea
Nafas mempunyai bau yang kurang enak walaupun sudah menggosok gigi, berkumur dan sebagainya ini bermaksud anda sebenarnya mempunyai masalah Sleep Anea iaitu gangguan nafas ketika tidur.
Sleep anea dapat menyebabkan dengkur berlebihan, menyebabkan anda bernapas melalui mulut sepanjang malam. Hal ini membuat mulut menjadi sangat kering sehingga timbulbau mulut,
Sumber www.womenshealthmag.com dan Men’s Health.Â