Sekeping foto yang memaparkan seorang juru bedah tidur di atas lantai tersebar dan menyentuh hati banyak pihak.
Menurut sumber, juru bedah yang bernama Luo Heng itu tertidur selepas menjalani pembedahan selama 28 jam di sebuah hospital di Ding Yuan County, Wilayah Anhui China.
Doktor terbabit dikatakan telah berjaya menyelesaikan dua pembedahan disebelah malam dan menjalankan tiga lagi pada pagi seterusnya dan waktu terkumpul ialah 28 jam untuk kelima – lima pembedahan tersebut.
Harapnya gambar tersebar ini dapat membuka mata yang doktor sentiasa memberikan yang terbaik dan mengorbankan masa serta tenaga demi membantu pesakitnya.