spot_img
spot_img

Atika Suhaimi Tidak Suka Dikongkong Bekas Kekasih

spot_img

Atikah Suhaime didakwa rimas dikongkong oleh bekas kekasih yang cemburu buta dengan segala pergerakannya yang melibatkan kawan lelaki lain. Bukan itu sahaja, biarpun bukan lagi bergelar kekasih, lelaki itu dikatakan sering menemani Atikah ke set penggambaran.

“Difahamkan, walaupun berkawan baik bekas teman lelaki pelakon itu masih mempunyai hati dan perasaan terhadap Atikah. Sehinggakan pernah sekali Atikah mengambil swafoto dengan seorang pelakon dan pengarah senior, jejaka itu memarahi dan menyuruh Atikah memadamkannya”

“Tidak cukup dengan itu, si jejaka juga sering menemani bekas kekasihnya itu di set penggambaran filem dan drama. Lucunya, si jejaka itu cemburukan bekas kekasih berlakon dengan pelakon senior seusia dengan bapanya yang kebetulan memegang watak kekasih,” tulisnya menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro.

- Advertisement -

Teruk benar cemburu butanya itu, menurut Cik pang lagi, ditambah pula dengan sikap Atikah yang hanya layankan sahaja perangai ‘gila talak’ jejaka itu yang sememangnya enggan melepaskannya biarpun sudah berpisah. Malah jejaka itu juga didakwa memang berperangai begitu dengan bekas kekasihnya sebelum menjalinkan hubungan dengan Atikah.

Setakat ini masih tiada komen daripada Atikah sendiri namun jika benar berita ini, rasanya Atikah juga perlu bersikap tegas dengan lelaki sebegini jika dirinya benar-benar rimas. Jika layankan sahaja perangai cemburu butanya itu memang sampai sudah hal ini berterusan.

Kredit Rotikaya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img