spot_img
spot_img

Luluh Hati Bapa Ini Apabila Anak Kembarnya Terkorban Dalam Serangan Gas Kimia

spot_img

Sayu hati seorang bapa ini apabila anak kembarnya berusia 9 bulan terkorban dalam serangan gas kimia di Syria. Tidak dapat menahan sebak di atas kehilangan anak kembarnya itu, dia mengusap dan membelai rambut mereka sambal berkata “ Say Goodbye, baby, say goodbye” kepada anak kembarnya itu yang sudah tidak bernyawa sebelum dikebumikan di kubur yang menempatkan 22 anggota keluarganya dikebumikan.

Lebih 80 mangsa yang terdiri daripada 30 kanak-kanak dan 20 orang wanita terkorban dalam serangan kimia di bandar Khan Sheikhoun, Syria, pada hari Selasa lepas. Ketika dalam perjalanan ke tanah perkuburan, Abdel Hameed meminta kepada sepupunya supaya merakam kata-kata perpisahannya kepada anak kembar ketika berada di dalam van.

Difahamkan ketika serangan gas kimia itu berlaku, Abdel berada bersama anak kemabrnya itu.

- Advertisement -

“Saya mendukung mereka ke luar rumah bersama ibunya. Pada awalnya mereka sedar tetapi 10 minit kemudian, mereka menghidu gas itu,” katanya.

Tidak berapa lama kemudian selepas itu, anak kembar dan isterinya, Dalal Ahmed jatuh sakit. Abdul Hameed lantas membawa isteri dan anak kembarnya itu untuk berjumpa paramedik tetapi selepas itu dia dimaklumkan bahawa anak kembar dan isterinya telah meninggal dunia.

Selain itu, dua orang abangnya, tiga anak saudaranya turut menjadi mangsa korban di dalam nahas tersebut. Sepupunya, Alaa Alyousef memberitahu bahawa Abdel Hameed sangat terjejas dengan kejadian tersebut dan dia juga kini sedang mendapat rawatan setelah terdedah kepada bahaya gas kimia.
“Hatinya hancur luluh kerana kehilangan ramai ahli keluarga,” kata Abdel Hameed. Menurut saksi, empat roket telah melanda kawasan itu pada jam 6:30 pagi hari Selasa lepas dan merempuh kawah di darat tetapi menyebabkan kerosakan sktruktur yang minimum sahaja.

- Advertisement -

 

https://www.facebook.com/ajplusenglish/videos/934979809976860/

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img