spot_img
spot_img

Husam Kini Naib Presiden Amanah, Mahfuz Pula Dianggap Bukan Ahli Pas

spot_img

 

Adun Salor, Datuk Husam Musa yang sebelum ini dipecat daripada Pas kini dilantik sebagai naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir, yang turut menyifatkan Husam seorang tokoh berpengalaman dan perlu berada dalam barisan kepimpinan pusat parti itu.

- Advertisement -

“Husam akan diminta mengetuai (jawatankuasa) hala tuju parti untuk pilihan raya umum akan datang dan menjadi anggota kanan biro politik,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

 

- Advertisement -

Sementara itu, portal Malaysia Gazette pula melaporkan, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang sering mengkritik Pas dianggap bukan lagi sebagai ahli parti di kawasan tersebut.

Menurut Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, rata-rata ahli Pas kini sudah tidak menerima Mahfuz sebagai ahli parti kerana kenyataan serta kritikan beliau terhadap parti sendiri mencerminkan beliau sebagai orang luar.

“Datuk Mahfuz ni biarpun dia Pas, tapi orang Pas dah tak iktiraf dia sebagai ahli. Dan dia bercakap sekarang, seolah-olah dia berada di luar parti Pas,” katanya.

Hashim berkata, tindakan terhadap Mahfuz akan diambil sebelum sidang Dewan Rakyat akan datang.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img